Wednesday, December 23, 2015

Housemateku, Ibu Baruku - Watak & Perwatakan

Housemateku, Ibu Baruku - Watak & Perwatakan

Haiqal Mukhriz (Haiqal)
Bapa kepada Tina.Seorang doktor pakar jantung.Selalu sibuk dengan tugas sehinggakan isteri sendiri sakit pun tak tahu.Suami kepada Ani dan kemudiannya Ayu, selepas kematian Ani.Menantu Pak Irfan dan Mak Salma.Abang ipar kepada Ain.Kawan baik kepada Elyas dan rakan sekerja Zura.

Ayuni Soleha (Ayu) 
Isteri kepada Haiqal.Ibu baru kepada Tina yang juga merupakan teman serumahnya di universiti.Juga merupakan teman serumah Gina, Umi, Wirda dan Dian.Anak kepada Pak Irfan dan Mak Salma.Kakak kepada Ain.Pelajar jurusan bisnes.

Qistina Zafirah (Tina)
Anak tunggal kepada Haiqal dan Ani.Menyalahkan bapanya atas kematian ibunya.Teman serumah Ayu, Gina, Umi, Wirda dan Dian.Juga merupakan teman sekuliah Razif, Herman dan Fahmi.Pelajar jurusan kejuruteraan.Menyimpan perasaan pada Razif.

Razif Khaizan (Razif) 
Teman serumah Herman dan Fahmi yang juga merupakan teman sekuliah Tina, Umi dan Dian.Meminati Ayu.

Anita Jasmin (Ani)
Ibu kandung Tina.Isteri pertama Haiqal.Meninggal akibat kanser.

Pak Irfan dan Mak Salma
Ibu dan bapa kepada Ayu dan Ain.Ibu dan bapa mertua kepada Haiqal.Mak Salma juga merupakan pesakit kepada Haiqal.

Aini Suhaila (Ain) 
Adik kepada Ayu.Anak kedua Pak Irfan dan Mak Salma.Adik ipar kepada Haiqal.Masih bersekolah di tingkatan 5.

Herman Zamil (Herman)
Teman serumah Razif dan Fahmi yang juga merupakan teman sekuliah Tina, Umi dan Dian.Dalam diam menyimpan perasaan terhadap Tina.

Fahmi
Teman serumah Razif dan Herman yang juga merupakan teman sekuliah Tina, Umi dan Dian.

Gina, Umi, Wirda dan Dian
Teman serumah Ayu dan Tina.Gina dan Wirda merupakan teman sekuliah Ayu manakala Umi dan Dian adalah teman sekuliah Tina, Razif, Herman dan Fahmi.

Dr. Elyas (Elyas) 
Kawan baik Haiqal.Merupakan doktor pakar kanser.

Dr. Baizura (Zura) 
Rakan sekerja Haiqal, bekerja di bawah Haiqal di unit yang sama.Mengagumi dan meminati Haiqal.Menyangka yang Haiqal masih belum berkahwin lain.

Faizul Naim (Faiz)
Cinta pertama Ayu.Keluarga dia tidak merestui hubungan dia dengan Ayu.Terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarga.

Sunday, December 20, 2015

Housemateku, Ibu Baruku - Jalan Cerita

Housemateku, Ibu Baruku - Jalan Cerita

Haiqal Mukhriz (Haiqal) berkahwin dengan Ayuni Soleha (Ayu) selepas kematian isteri pertamanya iaitu Anita Jasmin (Ani).Dia berkahwin dengan Ayu tanpa mengetahui bahawa Ayu merupakan teman serumah anaknya sendiri.Hubungan Haiqal dengan anaknya iaitu Qistina Zafirah (Tina) renggang kerana dia terlalu sibuk bekerja sehinggakan arwah isterinya sakit pun dia tak tahu.Sejak kematian isterinya, Tina langsung tak mahu bercakap dengannya.Apatah lagi untuk pulang ke rumah, memang sudah jarang sekali.

Perkahwinan ni sebenarnya atas permintaan Mak Salma, ibu kepada Ayu, yang juga merupakan pesakit Haiqal.Mak Salma mahu melihat Ayu berkahwin sebelum dia pergi menghadap ilahi.Dia juga risau dan takut kalau tak sempat, sebab Ayu susah untuk membuka pintu hatinya pada orang lain setelah dikecewakan oleh cinta pertamanya dahulu.Ayu tidak membantah dengan pilihan keluarganya kerana Haiqal telah banyak berjasa dalam merawat ibunya.Dia juga tahu bahawa Haiqal merupakan seorang lelaki yang baik.Pada Haiqal pula, dia bersetuju dengan perkahwinan tersebut sebab dia memang telah jatuh hati pada Ayu.Ayu merupakan wanita pertama yang berjaya membuat hatinya terbuka untuk berkahwin lain.Dia merasa tenang tatkala terpandang sahaja wajah Ayu.

Ayu meminta untuk dirahsiakan tentang perkahwinan mereka daripada rakan-rakan satu universitinya dan juga rakan sekerja Haiqal di hospital, setidak-tidaknya sehingga dia tamat belajar.Dia hanya akan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri setelah dia betul-betul sudah bersedia.Mereka perlu berpura-pura ketika berada di kampung dan ketika berhadapan dengan keluarga Ayu.Ayu menjaga adab serta batas-batas sebagai seorang isteri iaitu dengan tidak bergaul rapat dengan lelaki lain.Walaupun berbuat demikian, dia tetap juga diganggu oleh Razif Khaizan (Razif), seorang pelajar lelaki yang minat pada dia sebab tidak tahu yang dia sudah berkahwin.Haiqal juga tidak mahu terlalu mendesak Ayu supaya menerimanya sebagai seorang suami yang sah.Dia faham jarak perbezaan usia diantara mereka yang terlalu besar.Dia akan bersabar sehingga Ayu dapat betul-betul menerimanya sebagai seorang suami walau selama mana pun masa yang diambil.Dia yakin masa yang akan menentukan segalanya.Dia juga yakin dengan ketentuan dan jodoh Allah.

Walaupun demikian, Haiqal tidak pasti berapa lama jiwa lelakinya mampu bersabar.Dia hanya mampu berdoa pada Allah semoga segala-galanya dipermudahkan.Ketika mereka mula hendak merasa bahagia sepertimana pasangan berkahwin yang lain, dugaan datang dalam pelbagai bentuk dari arah yang berlainan.Tina yang baru mendapat tahu bahawa bapanya telah berkahwin dengan teman serumahnya, sukar untuk menerima hakikat tersebut.Hatinya bertambah geram apabila lelaki yang dia minat iaitu Razif, turut meminati Ayu.Dia merasa iri hati dengan segala kelebihan yang dimiliki oleh Ayu.Tidak kurang juga dengan gangguan Dr. Baizura (Zura) yang meminati Haiqal.Timbul salah faham dan syak wasangka diantara mereka.Cinta antara Haiqal dan Ayu begitu hebat dilanda ujian Allah.Berkat doa dan tolak ansur, hubungan antara Haiqal dan Ayu dapat diperbaiki.Kini Haiqal cuma berharap yang anaknya dapat berbaik semula dengan Ayu.Kalau boleh Haiqal tak nak perkara ni menjejaskan hubungan kekeluargaan diantara mereka.Sekiranya Tina tak dapat untuk terima Ayu sebagai ibu baru, cukup jika mereka menjadi kawan baik.Haiqal risau jika hubungan dia dengan Tina yang sememangnya sudah renggang, putus begitu saja tanpa dapat diselamatkan.Walaupun dia tahu hubungan darah daging tak akan dapat dipisahkan seperti air yang dicincang tak akan putus.

Satu insiden antara Ayu dan Tina telah menyebabkan Ayu keguguran.Sekali lagi cinta antara Haiqal dan Ayu diuji.Haiqal dalam dilema antara cinta pada isteri atau kasih pada anak.Kalau boleh dia tak nak memilih dan dia tak mampu untuk memilih.Kedua-duanya pun penting dalam hidupnya.Bagi Ayu, dia tak pernah salahkan Tina atas apa yang terjadi.Dia menganggap semuanya takdir yang telah ditetapkan oleh Allah.Tina merasa bersalah atas apa yang terjadi.Tina tak pernah berhasrat untuk melukakan hati bapanya.Apatah lagi arwah ibunya pun pernah berpesan supaya menjaga bapanya apabila ibunya sudah tiada lagi.Tina tak pernah lupa pesanan ibunya itu, tetapi Tina masih belum dapat memaafkan bapanya.Ibunya meninggal sebab bapanya terlalu sibuk dan sekarang bapanya berkahwin pula dengan wanita sebaya dengannya.


Dapatkah Tina memaafkan bapanya dan berbaik semula dengan Ayu? Apakah pula reaksi Razif dan Zura, apabila mengetahui bahawa orang yang mereka minat selama ini telah berkahwin dengan orang lain? Adakah Haiqal, Ayu dan juga Tina dapat hidup bahagia sebagai satu keluarga?

Wednesday, December 2, 2015

Aku Cinta Kau

Aku Cinta Kau

Telah kuserahkan hatiku padamu
Telah kubuktikan setiaku terhadapmu
Masih juga kau tak percaya
Aku cinta kau sejujurnya

Telah kuluahkan segalanya kepadamu
Telah kucurahkan kasihku untukmu
Masih juga membuat kau tertanya
Aku cinta kau sebenarnya

Chorus:

(Bila kukata cinta
Kau diam seribu bahasa
Bila kukata sayang
Kau langsung tak pandang
Apa lagi harusku buat
Demi mendapatkan cintamu

Bila aku buat tak kisah
Kau mulai marah
Bila aku buat tak tahu
Kau terus menyapaku
Betul aku tak faham
Adakah kau cintaiku)

Tak sanggup aku berpisah denganmu
Tak sanggup aku jauh darimu
Walaupun sekejap aku tak berdaya
Benar aku cinta kau sesungguhnya

Ulang Chorus

Kasihku
Seandainya kau terima cintaku
Izinkanku menjagamu seumur hidupku
Kerna aku cinta kau selamanya

Ulang Chorus