Saturday, February 20, 2016

Housemateku, Ibu Baruku - Draf Skrip (Part 2)

Housemateku, Ibu Baruku - Part 2

Hari Lain
ADEGAN: 18
INT. HOSPITAL. SIANG.
MAK SALMA dibenarkan keluar hospital sementara menunggu kos pembedahan dapat dikumpulkan.
(Haiqal memberi kebenaran kepada Mak Salma untuk keluar hospital)
HAIQAL: Mak Salma boleh pulang ke kampung dengan syarat mesti mengambil ubat yang telah ditetapkan mengikut waktu.Selain itu, pemakanan Mak Salma haruslah dipantau.Setiap bulan Mak Salma harus datang untuk membuat pemeriksaan kesihatan sehinggalah kos pembedahan dapat dikumpulkan. (Haiqal memberikan pesanan kepada Mak Salma sambil didengar oleh Pak Irfan, Ayu dan Ain)
PAK IRFAN: Terima kasih banyak-banyak doktor.In shaa Allah setiap bulan pak cik akan pastikan mak cik datang untuk pemeriksaan.Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik doktor merawat isteri pak cik.
HAIQAL: Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu.Pak Irfan boleh la pergi mengambil ubat di kaunter ubat sebelum pulang ke kampung. (melangkah keluar dari bilik rawatan)
(Pak Irfan pun gerak ke kaunter ubat untuk mengambil ubat Mak Salma dan dia menyuruh ahli keluarganya yang lain supaya menunggunya di luar bilik rawatan tu)
ADEGAN: 19
INT. HOSPITAL. SIANG.
AYU, AIN dan MAK SALMA menunggu PAK IRFAN di luar bilik rawatan.AYU menghubungi GINA, memberitahu perkara sebenar dan dia tidak dapat hadir ke kuliah.Mereka sekeluarga pulang ke kampung.
(Ayu, Ain dan Mak Salma duduk di bangku di luar bilik rawatan sementara menunggu Pak Irfan)
(Ayu menghubungi Gina)
AYU: Assalamualaikum Gina.
(suara di hujung talian, ADEGAN 20)
AYU:Saya nak beritahu yang mak saya telah dimasukkan ke hospital.Saya tidak dapat menghadiri kuliah untuk beberapa hari kerana ingin menemani mak saya pulang ke kampung.Saya nak minta tolong awak sampaikan pada pensyarah. 
(suara di hujung talian, ADEGAN 20)
AYU: Terima kasih Gina. (telefon dimatikan)
(setelah Pak Irfan selesai urusan di kaunter ubat, mereka sekeluarga pun pulang ke kampung)
ADEGAN: 20
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. SIANG.
GINA mendapat panggilan daripada AYU. AYU memaklumkan yang ibunya dimasukkan ke hospital dan dia tidak dapat hadir ke kuliah untuk beberapa hari.
(Gina sedang berehat dalam bilik kemudian telefon berbunyi)
GINA: (menjawab telefon) Waalaikumsalam.Awak pergi mana Ayu?
(suara di hujung talian, ADEGAN 19)
GINA: In shaa Allah saya akan beritahu pensyarah.Take care. 
(suara di hujung talian, ADEGAN 19 dan telefon dimatikan) 
WIRDA: Ha, apa hal dengan Ayu?
GINA: Mak dia masuk hospital.Sekarang dia nak hantar mak dia balik kampung.Tak dapat la dia nak attend kuliah untuk dua tiga hari ni.
(Wirda cuma mengangguk mendengarkan penerangan Gina)
(mereka sambung berehat)

Hari Lain
ADEGAN: 21
INT. HOSPITAL. SIANG.
Kelihatan HAIQAL sedang sibuk memeriksa laporan perubatan pesakitnya.Dia baru saja selesai buat rondaan pagi.Tiba-tiba dia teringat akan perbualannya dengan MAK SALMA.
(Haiqal sedang memeriksa laporan perubatan setelah selesai rondaan pagi, berhenti seketika kerana teringatkan perbualannya dengan Mak Salma tempoh hari)
ADEGAN: 22
IMBAS KEMBALI. INT. HOSPITAL. SIANG.
MAK SALMA memang berhajat sangat nak tengok AYU berkahwin sebelum dia pergi menghadap ilahi.MAK SALMA juga berharap HAIQAL bersetuju dengan permintaannya untuk jadikan HAIQAL menantu dalam keluarga tu.MAK SALMA turut menceritakan tentang bagaimana AYU telah dikecewakan oleh cinta pertamanya sehingga dia sukar untuk menerima cinta lain.
(Haiqal baru saja selesai melakukan pemeriksaan kesihatan Mak Salma dan sedang mencatatkan sesuatu pada carta pesakit)
MAK SALMA: Doktor, mak cik ada satu permintaan.
HAIQAL: Mak Salma cakap je, kalau saya boleh tunaikan, In shaa Allah saya tunaikan.
MAK SALMA: Mak cik berhajat nak menjodohkan anak sulung mak cik; Ayu dengan doktor.Kalau boleh mak cik nak sangat tengok dia berkahwin sebelum ajal datang menjemput mak cik.Mak cik berharap doktor dapat bersetuju dengan permintaan mak cik ni, yang mahu jadikan doktor menantu dalam keluarga kami.
HAIQAL: (terkedu seketika setelah mendengar kata-kata Mak Salma tu) Erm…Susah saya nak buat keputusan sekarang.Perkara kahwin ni bukan benda main-main.
MAK SALMA: Ayu sukar untuk menerima cinta lain setelah dikecewakan oleh cinta pertama dia.Mak cik takut tak sempat nak melihat dia berkahwin.Mak cik harap sangat doktor dapat fikir-fikirkan tentang perkara ni.
HAIQAL: In shaa Allah.Mak Salma banyakkan berehat dan jangan fikir yang bukan-bukan.Saya keluar dulu. (melangkah keluar dari bilik rawatan)
(Mak Salma sambung berehat)
ADEGAN: 23
INT. HOSPITAL. SIANG.
ELYAS menyergah HAIQAL yang sedari tadi asyik termenung.Dia mengajak HAIQAL untuk pergi makan tengah hari.
(Haiqal sedang asyik memikirkan sesuatu sehingga tidak sedar Elyas masuk ke biliknya)
ELYAS: Hoi, berangan apa tu sampai aku masuk pun kau tak sedar.
HAIQAL: (sedikit terkejut) Kau ni Elyas, kalau yea pun bagi la salam dulu.Ni tak, terus sergah je, terkejut aku dibuatnya.Apa dah tak reti nak bagi salam?
ELYAS: Aku dah bagi salam banyak kali, kau je yang tak dengar.Tu la, khusyuk sangat berangan.
HAIQAL: Mana ada aku mengelamun, aku tengah fikirkan sesuatu ni.Lain kali kalau dah bagi salam sekalipun, tunggu sampai aku kata masuk, baru kau masuk.Ha, apa hal kau cari aku?
ELYAS: Lapar la, nak ajak kau pergi lunch la ni.
HAIQAL: Dah pukul berapa ni? (melihat jam di tangan) La… Dah lunch hour ke, tak sedar pun.Kejap, kau tunggu aku habiskan laporan yang ni. (sambil menunjukkan laporan yang berada dihadapannya)
ELYAS: Asyik-asyik aku je yang nak kena tunggu kau, tak best la macam ni.
HAIQAL: Ala, satu ni je pun lagi.Kau duduk je diam-diam kat situ.
ELYAS: Sebab aku kena tunggu kau, kau belanja lunch nanti.
(Haiqal menganggukkan kepala dan sambung memeriksa laporan)
(Elyas hanya duduk di bangku hadapan meja Haiqal sementara menunggu Haiqal habis membaca laporan pesakitnya itu)

Hari Lain
ADEGAN: 24
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. MALAM.
AYU baru pulang dari kampung.Teman serumah yang lain sedang asyik menonton televisyen.AYU memberi salam dan terus meminta diri untuk ke biliknya.
(Ayu memberi salam dan melangkah masuk ke rumah)
(teman serumah lain yang sedang menonton televisyen pun menjawab salam)
UMI: La...Kau ke Ayu, ingatkan siapa tadi, datang malam-malam macam ni.
GINA: Mak awak dah sihat?
AYU: Alhamdulillah dah ok sikit.Sambung la tengok tv, saya naik dulu. (mengatur langkah untuk naik ke tingkat atas)
(yang lain terus menonton televisyen)

Hari Lain
ADEGAN: 25
INT. DEWAN KULIAH. SIANG.
Sesi kuliah baru saja tamat.AYU, GINA dan WIRDA sibuk memasukkan barang-barang ke dalam beg.AYU ingin ke perpustakaan sebelum pulang ke rumah sewa.
(Ayu, Gina dan Wirda sibuk memasukkan barang-barang ke dalam beg)
AYU: Saya ingat nak singgah perpustakaan sekejap la sebelum kita balik rumah sewa.
WIRDA: Ok, tapi aku tunggu kat luar je la yea.
AYU: Awak macam mana Gina?
GINA: Saya pun tunggu kat luar juga la kot.Tak apa ke tak temankan awak?
AYU: Tak apa, kalau macam tu kamu tunggu saya di luar. 
(mereka gerak ke perpustakaan)
ADEGAN: 26
INT. PERPUSTAKAAN. SIANG.
RAZIF, TINA dan rakan study group yang lain sedang asyik berbincang mengenai tugasan mereka.Kemudian RAZIF telah pergi mencari buku untuk dibuat rujukan.Dia terserempak dengan AYU.
(Razif yang sedang mencari buku rujukan terlihat Ayu lalu pergi menegurnya)
RAZIF: Hai awak.Sorang je?
AYU: Hai.Tak ada la, kawan-kawan saya tunggu kat luar.
RAZIF: Ok la, tak nak ganggu awak lama-lama.Lagipun saya ada group discussion ni.Nanti bila-bila awak free, saya nak ajak lunch.
AYU: In shaa Allah.
RAZIF: Pergi dulu.Jumpa lagi. (melangkah pergi)
(Ayu sambung cari buku)

Hari Lain
ADEGAN: 27
INT. CAFETERIA. SIANG.
TINA dan UMI yang baru habis makan terlihat RAZIF sedang makan dengan AYU. TINA merasa pelik bagaimana mereka boleh berkenalan rapat.Dia pergi menegur mereka.
(Tina dan Umi pergi menegur Razif dan Ayu yang sedang makan)
TINA: Hai korang.Aku tak tahu pula yang korang kenal satu sama lain.
RAZIF: Kitaorang baru je kenal semester ni.Kebetulan jumpa kat café, kitaorang lunch la sekali.Korang dari mana ni?
UMI: Baru je lepas makan.Herman dan Fahmi tak join korang sekali ke?
RAZIF: Tak, diorang pergi jumpa pensyarah.
AYU: Mana Dian?
UMI: Dia dah balik dulu, ada hal katanya.
RAZIF: Kejap, macam mana korang boleh kenal yea.
TINA: Apa tak kenal pula, kitaorang ni semua satu rumah sewa.Gina dan Wirda tak lunch dengan korang sekali ke?Tak nampak pun diorang.
AYU: Oh, mereka bungkus je makanan.Mereka lebih suka makan di rumah kalau tak ada kuliah.
UMI: Jadi mereka ada di rumah la sekarang ni yea. (meneruskan perbualan tanpa menunggu jawapan balas) Ok la, tak nak ganggu korang makan.Kami balik dulu.
(Tina dan Umi gerak balik rumah sewa) 
(Razif dan Ayu sambung makan)

Hari Lain
ADEGAN: 28
EXT. PASAR MALAM. MALAM.
Malam Sabtu diorang satu rumah sewa pergi pasar malam.Mereka terserempak dengan RAZIF, HERMAN dan FAHMI.
(Razif, Herman dan Fahmi menegur Tina, Ayu, Gina, Wirda, Umi dan Dian yang sedang membeli char kuey teow)
RAZIF: Hai, takkan makan tu je.
TINA: Eh, korang pun ada kat sini.
FAHMI: Takkan la kitaorang tak boleh datang pasar malam ni kot.
TINA: Bukan tu la maksud aku.Korang beli apa?
FAHMI: Ni, banyak kitaorang beli. (sambil mengangkat beg plastik berisi makanan) Tak ada la lapar masa berjaga tengok bola malam nanti.
RAZIF: Awak beli apa Ayu?Apa kata saya belanja awak nasi kerabu.
AYU: Tak apa la Razif, saya rasa dah cukup apa yang saya beli ni.Tak baik membazir, amalan syaitan.Lain kali la yea.
TINA: Razif, aku belum cukup lagi ni.Kau tak nak belanja aku ke?
(Razif hanya diam membisu)
HERMAN: Hei Razif, Tina tengah cakap dengan kau tu.Tak apa Tina, kalau Razif tak nak belanja kau, aku boleh belanja kau.
TINA: Tak apa la Herman, tiba-tiba aku rasa macam dah cukup pula makanan aku ni.
(char kuey teow yang mereka pesan dah pun siap, mereka pun meminta diri)
(Razif, Herman dan Fahmi gerak ke gerai burger)
ADEGAN: 29
INT. RUMAH SEWA PELAJAR LELAKI. MALAM.
HERMAN menghubungi TINA tetapi dia tidak memberitahu identiti sebenar dia.Dia cuma mengaku yang dia adalah secret admirer TINA.Sudah lama dia memerhatikan TINA dari jauh.Dia sedang tunggu masa yang sesuai untuk bersemuka dengan TINA.
(Herman masuk ke biliknya setelah selesai makan malam lalu menghubungi Tina)
HERMAN: Hello Tina.
(suara di hujung talian, ADEGAN 30)
HERMAN: Macam ni la, awak anggap je la saya ni secret admirer awak.Saya selalu memerhatikan awak dari jauh.Baru tadi saya nampak awak dengan kawan-kawan awak kat pasar malam.
(suara di hujung talian, ADEGAN 30)
HERMAN: Eh, nanti la dulu, saya baru nak ubat rindu dengar suara awak.
(suara di hujung talian, ADEGAN 30 dan talian diputuskan)
hai, dia letak telefon la pula, Herman berkata dalam hati
(Herman pun bersiap untuk solat Isya’)
ADEGAN: 30
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. MALAM.
TINA menerima panggilan telefon daripada pemanggil yang tidak dikenali.Pada mulanya dia agak keberatan untuk menjawab tetapi akhirnya dia jawab juga.
(Tina baru naik ke bilik setelah makan malam, tiba-tiba telefon berbunyi)
TINA: (teragak-agak untuk menjawab kerana nombor tak dikenali tetapi akhirnya menjawab telefon) Hello.Siapa ni?Mana awak tahu nama saya?
(suara di hujung talian, ADEGAN 29)
siapa pula mamat psiko ni, Tina berkata dalam hati
TINA: Ada apa hal awak call saya ni?Kalau tak ada apa-apa saya letak telefon.
(suara di hujung talian, ADEGAN 29)
TINA: Gila. (terus letak telefon)
lepas ni kalau dia call aku lagi, tak nak jawab, Tina berkata dalam hati

(Tina berbaring atas katil sambil memikirkan siapakah gerangan orang yang menelefonnya sebentar tadi)

Bersambung...

Tuesday, February 2, 2016

Aku Bukan Untukmu

Aku Bukan Untukmu

Dari jauh ku teringatkanmu
Bagaikan baru semalam kita bertemu
Sama-sama pergi menuntut ilmu
Biarpun susah tak pernah rasa jemu

Walaupun jauh beribu batu
Kau tetap juga begitu
Menjalani hidupmu yang tak menentu
Selamanya setia di situ

Chorus:

(Sedetik ku diamkan saja
Membiarkan masa berlalu
Tak kusangka segalanya telah berubah
Kini hati dan perasaanku bukan lagi milikmu
Mungkin aku bukan untukmu

Sejenak ku pejamkan mata
Membawaku jauh darimu
Maafkanlah seandainya aku yang bersalah
Bukan maksudku untuk melangkah pergi meninggalkanmu
Tapi aku bukan untukmu)

Bila kuimbas kembali
Saat pertama kali
Dirimu cuba kukenali
Terasa indah sekali

Apabila aku kembali ke realiti
Aku pun tak pasti
Kenapa kau tak lagi di hati
Memang sukar untuk dimengerti

Ulang Chorus 2 kali