Hari Lain
ADEGAN: 31
INT. RUMAH KELUARGA AYU. SIANG.
HAIQAL telah pergi berjumpa dengan keluarga Ayu.Dia menyatakan persetujuannya untuk berkahwin dengan AYU.
(Pak Irfan dan Mak Salma sedang berehat di ruang tamu rumah apabila tiba-tiba terdengar suara orang bagi salam)
(mereka menjawab salam lalu Pak Irfan pergi melihat siapa yang datang)
PAK IRFAN: La…Doktor ke, tapi macam mana doktor boleh tahu alamat rumah kami?
HAIQAL: Saya dapatkan alamat rumah ni daripada fail pesakit.Minta maaf la sebab saya tak sepatutnya salah gunakan maklumat peribadi pesakit.
PAK IRFAN: Ooo…Tak mengapa.Kenapa tak bagi tahu nak datang?Jemput la masuk.
(Pak Irfan dan Haiqal sama-sama masuk ke rumah)
MAK SALMA: Siapa yang datang tu bang?
PAK IRFAN: Doktor Haiqal. (jawab Pak Irfan pada Mak Salma) Jemput duduk doktor.Senang cari jalan nak ke rumah kami?
(Pak Irfan dan Haiqal pun duduk di sofa)
HAIQAL: Ok la, sebab saya guna GPS.
MAK SALMA: Doktor duduk dulu, kejap mak cik pergi buat air.
HAIQAL: Tak payah susah-susah Mak Salma, saya datang ni pun nak berbincang tentang hajat Mak Salma tu. (berhenti seketika menarik nafas dalam-dalam sebelum sambung semula perbualan)
(Pak Irfan dan Mak Salma hanya diam menantikan buah bicara seterusnya daripada Haiqal)
HAIQAL: Setelah puas memikirkannya dan setelah saya buat solat Istikharah, meminta petunjuk daripada Allah, saya membuat keputusan untuk menerima Ayu sebagai jodoh saya.
PAK IRFAN & MAK SALMA: (berkata hampir serentak) Alhamdulillah.
HAIQAL: Tapi saya tak tahu bagaimana pula dengan penerimaan Ayu.
MAK SALMA: In shaa Allah dan mak cik yakin yang Ayu akan setuju dengan keputusan dan pilihan kami.Kalau macam tu bila nak langsung ni?
HAIQAL: Saya ikut je rancangan Pak Irfan dan Mak Salma.
PAK IRFAN: Lagi cepat lagi bagus, bak orang kata benda baik tak elok ditangguhkan.Pak cik rasa masa cuti pertengahan semester nanti adalah masa yang sesuai.
MAK SALMA: Yea la bang.Kira kita tetap macam tu la yea doktor.
HAIQAL: (mengangguk dan tersenyum) Saya serahkan segala urusan persiapan kahwin ni pada Mak Salma.Lagipun parent saya dah tak ada.Kalau nak urus sendiri, memang saya tak pandai.Perkahwinan pertama dulu pun arwah mak dan arwah isteri saya yang uruskan.
MAK SALMA: Jangan risau doktor.Serahkan je semuanya pada mak cik.
HAIQAL: Tapi Mak Salma jangan terlebih buat kerja pula.Yang penting jaga kesihatan.Jangan terlalu letih.
PAK IRFAN: Dengar tu maknya.Apa susah, kita minta je tolong daripada anak saudara saya yang kerja kat butik pengantin tu.
MAK SALMA: Baiklah bang.Nanti abang jangan lupa hubungi dia.
PAK IRFAN: Sekarang juga saya pergi telefon dia.
MAK SALMA: Eh, abang dah lupa ke yang kita belum tanya Ayu lagi.Kalau dah dapat persetujuan Ayu, baru la kita boleh mulakan persiapan.Saya ke dapur dulu untuk masak.Boleh kita makan sama-sama nanti.Abang berbual la dengan doktor.
HAIQAL: Buat susah-susah je Mak Salma.
MAK SALMA: Apa yang susahnya.Kalau doktor tak ada pun, mak cik tetap akan masak untuk kami anak-beranak. (mengatur langkah ke dapur)
(Pak Irfan dan Haiqal berbual sementara menunggu hidangan tengah hari siap)
HAIQAL: Sejak saya datang tadi tak nampak pun Ain.
PAK IRFAN: Oh, dia ada kelas tambahan di sekolah.Kejap lagi balik la tu.
(tiba-tiba terdengar orang bagi salam dan Ain melangkah masuk ke rumah)
PAK IRFAN:Ha, tu dia Ain.Baru je sebut dah muncul.
(Ain terus ke biliknya apabila mendapati ada tetamu)
(Pak Irfan dan Haiqal sambung berbual)
ADEGAN: 32
INT. RUMAH KELUARGA AYU. SIANG.
AIN masuk ke biliknya untuk menukar pakaian.
apasal yea doktor Haiqal datang sini? mesti ada kaitan dengan hal kak Ayu yang mak cadangkan tempoh hari, Ain berkata dalam hati
(setelah siap menukar pakaian, Ain pun ke dapur untuk membantu Mak Salma)
ADEGAN: 33
INT. RUMAH KELUARGA AYU. SIANG.
AIN membantu MAK SALMA di dapur.
(setelah siap masak, Ain membantu Mak Salma menyiapkan meja makan untuk menghidangkan makanan)
AIN: Mak, apa sebenarnya tujuan doktor tu datang sini? (sambil menyusun pinggan di atas meja)
MAK SALMA: Urusan orang tua.Mak rasa tak perlu Ain tahu pasal benda ni sekarang, sebab lambat laun Ain akan tahu juga.Dah, cepat susun pinggan tu, lepas tu pergi panggil ayah kamu dan doktor Haiqal untuk makan.
ala, kalau mak tak cakap pun, Ain boleh agak la, Ain berkata dalam hati
(setelah selesai menyusun pinggan, Ain pun pergi ke ruang tamu untuk memanggil Pak Irfan dan Haiqal)
ADEGAN: 34
INT. RUMAH KELUARGA AYU. SIANG.
AIN pergi ke ruang tamu untuk memanggil PAK IRFAN dan HAIQAL makan tengah hari.
(Ain mengatur langkah dari dapur ke ruang tamu)
AIN: Ayah, makanan tengah hari dah siap.Mak panggil makan.
PAK IRFAN: Ya lah.Mari doktor.
(Ain berjalan menuju ke dapur diikuti oleh Pak Irfan dan Haiqal)
(mereka makan tengah hari bersama-sama)
ADEGAN: 35
INT. RUMAH KELUARGA AYU. SIANG.
Selepas makan tengah hari, PAK IRFAN mengajak HAIQAL untuk bersembahyang jemaah dengan keluarganya.
(selepas selesai makan, Pak Irfan mengajak keluarganya dan juga Haiqal untuk solat Zohor berjemaah)
(Pak Irfan meminta supaya Haiqal yang menjadi imam, Haiqal tidak membantah)
(selesai sahaja solat, Haiqal pun meminta diri untuk pulang)
ADEGAN: 36
INT. RUMAH KELUARGA AYU. MALAM.
MAK SALMA menghubungi AYU bagi memberitahu tentang perkahwinan AYU dengan HAIQAL.Majlis perkahwinan tersebut bakal diadakan pada cuti pertengahan semester yang hampir tiba tak berapa lama lagi.
(Mak Salma yang baru selesai mengemas dapur, duduk di sofa lalu menghubungi Ayu)
MAK SALMA: Assalamualaikum.
(suara di hujung talian, ADEGAN 37)
MAK SALMA: Alhamdulillah kami semua kat kampung sihat walafiat.Mak telefon ni nak bagi tahu yang Doktor Haiqal datang ke rumah siang tadi.
(suara di hujung talian, ADEGAN 37)
MAK SALMA: Dia datang untuk menyatakan persetujuan dia untuk memperisterikan kamu, Ayu.Kamu macam mana?
(suara di hujung talian, ADEGAN 37)
MAK SALMA: Elok la kalau macam tu.Boleh mak mulakan persiapan untuk majlis tu.
(suara di hujung talian, ADEGAN 37)
MAK SALMA: Kami rancang nak adakan majlis tu pada cuti pertengahan semester kamu nanti.
(suara di hujung talian, ADEGAN 37)
MAK SALMA: Lepas kahwin pun kamu boleh terus belajar.Mak yakin Doktor Haiqal faham.
(suara di hujung talian, ADEGAN 37)
MAK SALMA: Selamat malam.In shaa Allah. (telefon dimatikan)
(Mak Salma gerak ke bilik tidur)
ADEGAN: 37
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. MALAM.
AYU yang bersiap untuk tidur mendapat panggilan daripada ibunya di kampung.
(Ayu tengah bersiap-siap untuk tidur apabila tiba-tiba telefon berbunyi)
AYU: (menjawab telefon) Waalaikumsalam.Mak apa khabar?Ayah sihat?
(suara di hujung talian, ADEGAN 36)
AYU: Dia buat apa datang rumah kita, mak?
(suara di hujung talian, ADEGAN 36)
AYU: Ayu ikut je apa saja keputusan mak dan ayah.
(suara di hujung talian, ADEGAN 36)
AYU: Eh kejap.Maksud mak, bila sebenarnya majlis ni bakal diadakan?
(suara di hujung talian, ADEGAN 36)
AYU: Tak rasa cepat sangat ke?Kenapa tak tunggu Ayu habis universiti dulu?
(suara di hujung talian, ADEGAN 36)
AYU: Buat la apa yang mak rasa patut.Yang mak rasa terbaik untuk Ayu.Dah lewat ni, Ayu nak kena tidur dulu.Esok ada kuliah.Selamat malam mak.Kirim salam pada ayah dan Ain.
(suara di hujung talian, ADEGAN 36 dan telefon dimatikan)
(Ayu memadamkan lampu bilik, dia cuba untuk tidur tapi sukar kerana terlalu memikirkan sangat tentang hal perkahwinannya itu, tanpa disedari dia pun terlena juga akhirnya)
ADEGAN: 38
INT. RUMAH HAIQAL. MALAM.
HAIQAL baru sampai di rumahnya.Dia duduk di sofa sambil teringatkan bagaimana pertemuan pertamanya dengan AYU.Sejak tu dia mula rasa tenang tatkala terpandang saja wajah AYU apabila mereka sering kali bertemu di hospital semasa MAK SALMA ditahan di wad.
(Haiqal melangkah masuk ke rumah lalu duduk di sofa di ruang tamu dan teringatkan pertemuan pertamanya dengan Ayu dan bagaimana dia boleh sukakan Ayu)
ADEGAN: 39
IMBAS KEMBALI. INT. HOSPITAL. SIANG.
MAK SALMA buat pertama kalinya dimasukkan ke hospital.Doktor yang merawatnya sebelum ni merujuk kes MAK SALMA kepada HAIQAL yang bertindak sebagai doktor pakar jantung.Masa tu AYU sentiasa menjaga dan berada di sisi MAK SALMA.
(Haiqal sedang memeriksa Mak Salma ketika Pak Irfan dan anak-anaknya masuk ke bilik rawatan)
(Ayu dan Ain mendapatkan Mak Salma)
PAK IRFAN: (menghampiri Haiqal) Doktor, bagaimana keadaan isteri pak cik?
HAIQAL: Apa kata kita berbincang di bilik saya? (sambil mencatatkan sesuatu pada carta pesakit)
PAK IRFAN: Tak apa, doktor jelaskan saja keadaan isteri pak cik di bilik ni.Lagipun anak-anak pak cik juga perlu tahu keadaan mak mereka.
HAIQAL: Biar saya perkenalkan diri saya dulu.Nama saya Dr. Haiqal.Saya adalah merupakan doktor pakar jantung di hospital ni.Mulai hari ni, saya akan ambil alih tugas merawat isteri pak cik.
PAK IRFAN: Pak cik tak faham la, kenapa perlu ditahan di hospital?Kenapa perlu tukar kepada doktor pakar?
HAIQAL: Begini, saya telah melihat sejarah laporan kesihatan isteri pak cik yang saya terima daripada doktor yang merawat dia sebelum ni.Terdapat pembengkakan pada jantung isteri pak cik dan atas sebab itu la kes ini perlu dirujuk pada saya selaku doktor pakar.
PAK IRFAN: Macam mana boleh bengkak?
HAIQAL: Kenapa jantung isteri pak cik bengkak, saya masih belum boleh pastikan lagi.Tapi apa yang saya boleh bagi tahu, sebab utama dan paling kerap mengapa jantung seseorang boleh bengkak adalah penyakit saluran darah koronari tersumbat.Apabila saluran darah arteri koronari yang membekalkan oksigen dan darah tersumbat, otot jantung tak dapat terima bekalan oksigen dan darah yang cukup.Apa yang berlaku adalah otot akan ‘mati’ dan apabila keadaan ini terjadi, bahagian otot jantung tu tak akan mengepam dengan begitu baik sehingga menyebabkan lemah jantung dan akan bengkak.
PAK IRFAN: (hanya mendengar penerangan panjang lebar tentang kesihatan isterinya daripada Haiqal) Macam mana saluran darah boleh tersumbat?Apa cadangan doktor bagi merawat isteri pak cik?
HAIQAL: Pada pemerhatian saya daripada laporan yang saya terima tu, saluran darah isteri pak cik tersumbat adalah akibat daripada tekanan darah tinggi.Untuk rawatan pula, saya cadangkan isteri pak cik mengambil ubat untuk mengurangkan kesan tersumbat pada saluran darah ni.Saya mendapati bahawa bengkak pada jantungnya tidak la terlalu serius buat masa sekarang ni.Selain perlu mengambil ubat, pemakanan juga harus dijaga.Jangan terlalu kerap mengambil daging merah, kalau boleh elakkan terus.
PAK IRFAN: Tapi sebelum ni pun isteri pak cik ada ambil ubat untuk darah tinggi?
HAIQAL: Memang isteri pak cik ada mengambil ubat untuk darah tinggi sebelum ni, tapi ia bukanlah untuk mengurangkan kesan tersumbat pada saluran darah.
PAK IRFAN: (hanya mengangguk tanda faham) Jadi bila isteri pak cik boleh keluar hospital?
HAIQAL: Lusa baru isteri pak cik boleh keluar hospital.Saya akan maklumkan pada bahagian farmasi tentang ubat yang perlu diambil oleh isteri pak cik tapi dia harus datang untuk membuat pemeriksaan kesihatan lanjutan pada setiap bulan akan datang.
PAK IRFAN: Baiklah doktor, pak cik sendiri akan pastikan yang isteri pak cik ambil ubat dan datang untuk membuat pemeriksaan.
HAIQAL: Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu. (mengatur langkah untuk keluar)
(Pak Irfan sekeluarga hanya menunggu dan berharap semoga Mak Salma cepat sedarkan diri)
ADEGAN: 40
IMBAS KEMBALI. HOSPITAL. MALAM.
Malam tu semasa HAIQAL hendak melakukan pemeriksaan ke atas MAK SALMA, cuma AYU saja yang berada di sisi MAK SALMA menemaninya.PAK IRFAN dan AIN tidak kelihatan.
(Ayu sedang duduk menemani Mak Salma di bangku yang terletak di sebelah katil Mak Salma apabila Haiqal masuk untuk melakukan pemeriksaan, Pak Irfan dan Ain tidak kelihatan dalam bilik tu)
baik betul anak mak cik ni, kenapa aku rasa tenang je bila tengok wajah dia, Haiqal berkata dalam hati
(Ayu hanya memerhatikan Haiqal melakukan pemeriksaan pada Mak Salma)
Hari Lain
ADEGAN: 41
INT. RUMAH KELUARGA AYU. MALAM.
PAK IRFAN menelefon HAIQAL sebaik saja pulang dari surau bagi memaklumkan tentang persetujuan AYU.
(Pak Irfan yang baru pulang dari surau, terus sahaja tidak sabar untuk menghubungi Haiqal bagi memaklumkan tentang persetujuan Ayu tentang perkahwinan tersebut)
PAK IRFAN: Assalamualaikum.Doktor, ni Pak Irfan bercakap.
(suara di hujung talian, ADEGAN 42)
PAK IRFAN: Eh, tak ada la.Minta maaf mengganggu.
(suara di hujung talian, ADEGAN 42)
PAK IRFAN: Pak cik nak bagi tahu ni, Ayu dah setuju nak kahwin dengan doktor.
(suara di hujung talian, ADEGAN 42)
PAK IRFAN: Alhamdulillah isteri pak cik sihat.Dah lewat ni, tak nak la pak cik ganggu lama-lama.Assalamualaikum.
(suara di hujung talian, ADEGAN 42 dan telefon dimatikan)
(Pak Irfan bersiap-siap untuk tidur)
ADEGAN: 42
INT. HOSPITAL. MALAM.
HAIQAL yang baru hendak melelapkan mata di sofa dalam bilik rehat staff di hospital, menerima panggilan telefon daripada PAK IRFAN bagi menyatakan persetujuan AYU tentang perkahwinan mereka.
(Haiqal baring di sofa apabila tiba-tiba telefonnya berbunyi, dia melihat nombor di skrin telefonnya tapi tidak kenal)
(Haiqal mengambil keputusan untuk menjawab panggilan tersebut)
HAIQAL: (menjawab telefon) Hello, siapa bercakap?
(suara di hujung talian, ADEGAN 41)
HAIQAL: Waalaikumsalam.Ooo…Pak Irfan ke.Kenapa call saya?Ada kecemasan ke?
(suara di hujung talian, ADEGAN 41)
HAIQAL: Tak ganggu la, kebetulan sekarang saya tengah rehat.Ada apa-apa yang boleh saya bantu?
(suara di hujung talian, ADEGAN 41)
HAIQAL: La, ingatkan pasal apa tadi.Syukur Alhamdulillah.Betul Mak Salma ok?
(suara di hujung talian, ADEGAN 41)
HAIQAL: Waalaikumsalam. (telefon dimatikan)
(Haiqal sambung berehat)
Hari Lain
ADEGAN: 43
EXT. TANAH PERKUBURAN. SIANG.
Lewat petang, lepas waktu kerja, HAIQAL pergi melawat kubur arwah ANI.Dia ingin berkongsi tentang dia akan berkahwin lagi dan berharap sangat anak tunggal mereka iaitu TINA, dapat menerimanya.
(lepas kerja terus Haiqal ke tanah perkuburan, dia ingin menziarahi kubur arwah isterinya; Ani, sambil berkongsi masalah)
(Haiqal duduk di sebelah kubur arwah isterinya; Ani, lalu membacakan surah Yassin)
(kemudian dia membacakan doa selepas selesai sahaja bacaan Yassin)
Ani, abang nak bagi tahu ni, abang bakal berkahwin lagi, abang tahu mesti Ani turut gembira mendengarkan perkara ini, tapi abang risau bagaimana penerimaan Tina tentang perkara ini, abang harap sangat supaya semuanya berjalan dengan lancar, In shaa Allah, Aamiin, Haiqal berkata dalam hati
(setelah membersihkan kubur arwah isterinya; Ani, dengan mencabut tumbuhan-tumbuhan liar yang tumbuh di situ, Haiqal pun beredar untuk pulang ke rumah kerana hari pun sudah hampir Maghrib)
ADEGAN: 44
INT. MASJID. MALAM.
HAIQAL singgah di masjid untuk solat Maghrib berjemaah.
(dalam perjalanan pulang ke rumah, Haiqal singgah di masjid untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah)
(dia merasa tenang sekali tatkala berada di dalam masjid, dan dia yakin dengan keputusannya untuk mengahwini Ayu)
(dia meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumahnya setelah selesai solat sunat dua rakaat selepas solat Maghrib)
ADEGAN: 45
INT. RUMAH HAIQAL. MALAM.
HAIQAL yang baru tiba di rumahnya, terus naik ke biliknya sambil tersenyum mengenangkan tentang dirinya yang bakal berkahwin dengan AYU.Dia tak pernah merasa sebahagia ni selepas kematian isteri pertamanya.AYU adalah merupakan wanita pertama yang berjaya membuat hatinya terbuka untuk berkahwin lain setelah lama hidup menduda.
(Haiqal naik ke bilik sambil tersenyum mengenangkan dirinya yang bakal berkahwin lagi setelah kematian isteri pertamanya dulu)
hai, bahagianya rasa, tak pernah aku rasa sebahagia ni lepas Ani meninggal, tak sangka juga aku akan berkahwin lagi, Alhamdulillah, Haiqal berkata dalam hati
(Haiqal solat Isya’ sebelum tidur)
Bersambung...