Sunday, May 22, 2016

Housemateku, Ibu Baruku - Draf Skrip (Part 5)

Housemateku, Ibu Baruku - Part 5

Hari Lain
ADEGAN: 65
EXT. PADANG UNIVERSITI. SIANG.
RAZIF telah pergi berjumpa dengan AYU. AYU menjelaskan yang ibu bapanya mahu dia fokus pada study dan tidak membenarkan dia bercinta di universiti.Dia harap RAZIF faham.RAZIF menyatakan kesanggupannya untuk menunggu AYU sehingga mereka tamat belajar.AYU mengingatkan RAZIF tentang jodoh, tiada siapa yang tahu.
(Razif mendapatkan Ayu yang sedang duduk di bangku di tepi padang)
RAZIF: Assalamualaikum.Dah lama tunggu?
AYU: Waalaikumsalam.Tak ada la, baru je lagi ni.
RAZIF: So, boleh saya tahu kenapa kita cuma boleh berkawan dan tak lebih daripada tu?
AYU: Mak dengan ayah saya mahu saya fokus pada study dan mereka tak benarkan saya bercinta semasa di universiti.Saya harap awak faham tentang situasi saya ni.Lepas ni, kalau selain hal pelajaran atau persatuan di universiti, saya tak akan jumpa awak.
RAZIF: Kalau macam tu, saya sanggup tunggu sampai awak habis universiti dulu.
AYU: In shaa Allah kalau ada jodoh, ada la.Jodoh pertemuan kita semuanya dah ditentukan oleh Allah.Saya nak kena pergi dulu ni, ada kuliah. 
(Razif cuma mengangguk dan terus duduk di bangku tu sambil termenung mengenangkan apa yang Ayu katakan sebentar tadi)
(Ayu mengatur langkah untuk ke dewan kuliah)
ADEGAN: 66
EXT. PADANG UNIVERSITI. SIANG.
TINA ternampak RAZIF berjumpa dengan AYU.TINA merasa cemburu.Kebetulan TINA berada di situ kerana baru sahaja habis latihan bola baling.
(Tina yang baru selesai latihan bola baling, ternampak Razif dan Ayu duduk berduaan di bangku di tepi padang)
mereka berdua tu ada apa-apa ke?apa yang mereka berdua buat duduk berdua saja kat situ?Tina berkata dalam hati
(kelihatan dari jauh Ayu beredar seorang diri meninggalkan Razif)
mereka tak ada apa-apa kot, kalau mereka ada apa-apa hubungan, mesti mereka beredar bersama-sama, tak ada la Razif nak biarkan Ayu pergi sorang-sorang, Tina berkata dalam hati
(Tina berjalan menghampiri Razif)
ADEGAN: 67
EXT. PADANG UNIVERSITI. SIANG.
TINA menegur RAZIF yang duduk di bangku di tepi padang.
(Tina menegur Razif apabila sampai di bangku yang Razif duduk)
TINA: Razif, kenapa kau jumpa Ayu?
RAZIF: Masalah kau ke kalau aku jumpa dia sekali pun, tak kan? So, tak payah la kau nak menyibuk.Entah dari mana, tiba-tiba muncul.
memang la bukan masalah aku, Tina berkata dalam hati
TINA: Aku tanya je, tak perlu la nak marah-marah.Eh, kau nak pergi mana tu? (Tina bertanya apabila melihat Razif bangun dari bangku dan berjalan pergi)
RAZIF: Malas la aku nak layan kau.Baik aku balik rumah. 
(melihat Razif melangkah pergi, Tina pun mengambil keputusan untuk pulang ke rumah sewa)
ADEGAN: 68
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. MALAM.
TINA mendapatkan AYU di ruang tamu.Dia ingin bertanyakan tentang pertemuaan AYU dengan RAZIF siang tadi.
(Tina yang baru turun dari biliknya, mendapatkan Ayu di ruang tamu yang sedang menonton televisyen)
TINA: Ayu, ikut aku jap, ada benda aku nak tanya kau. 
WIRDA: Kau ni dah kenapa, Tina?Tak boleh ke kau cakap elok-elok dengan Ayu.Kau ingat kau tu siapa, nak semua orang ikut cakap kau. 
AYU: Tak apa Wirda, mungkin dia ada benda penting nak cakap tu.
TINA: Ayu ok je, kau yang nak lebih-lebih kenapa, Wirda? (tanpa menunggu jawapan dari Wirda, Tina terus melangkah ke tingkat atas)
(Ayu mengikut Tina ke tingkat atas) 
(teman serumah lain yang juga sedang menonton televisyen, merasa pelik dengan apa yang berlaku antara mereka berdua tapi tak adalah sampai nak masuk campur hal mereka)
ADEGAN: 69
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. MALAM.
TINA menunggu AYU di veranda tingkat atas.
(Tina menunggu Ayu muncul di veranda tu untuk bersemuka tentang kejadian siang tadi)
TINA: Aku nampak kau dengan Razif siang tadi.Kau buat apa yea jumpa dia?
AYU: Ooo…Pasal saya jumpa Razif siang tadi.Ingatkan pasal apa.
ingatkan Tina dah tahu pasal hubungan Ayu dengan papa dia, Ayu berkata dalam hati
TINA: Apasal kau diam?Aku tanya kau ni, kenapa kau jumpa Razif?
AYU: Saya jumpa dia sebab nak tanya pasal tugasan persatuan.Tapi Tina buat apa kat padang tu?Kenapa saya tak nampak Tina pun?
TINA: Aku ada latihan bola baling.Memang la kau tak nampak aku, aku baru je nak pergi tegur, kau dah belah.Tapi aku pelik la, kalau nak bincang pasal tugasan persatuan, kenapa mesti jumpa kat tepi padang? (meneruskan perbualan tanpa menunggu jawapan daripada Ayu) Tak apa la kalau macam tu, kau pergi la sambung balik tengok tv, aku nak masuk bilik.Tapi ingat, jangan bagi tahu sesiapa pun pasal hal yang aku tanya kau tadi. (terus melangkah masuk menuju ke biliknya)
nasib baik Tina tak tanya lebih-lebih, Ayu berkata dalam hati
(Ayu turun semula ke tingkat bawah)
ADEGAN: 70
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. MALAM.
WIRDA menanyakan tentang apa yang TINA cakap pada AYU.
(sebaik melihat Ayu turun dari tingkat atas, Wirda terus bertanyakan tentang perbualan Ayu dengan Tina)
WIRDA: Tina cakap apa dengan kau tadi, Ayu?
 AYU: Tak ada apa-apa, dia cuma nak ajak bersembang pasal keluarga Ayu di kampung, sebab kebetulan kami satu kampung.
(Wirda cuma mengangguk mendengarkan penjelasan Ayu)
(Ayu duduk menonton televisyen bersama yang lain)

Hari Lain
ADEGAN: 71
INT. HOSPITAL. SIANG.
HAIQAL sedang melakukan rondaan di sebelah petang.Dia ditemani oleh ZURA. ZURA begitu asyik memerhatikan cara HAIQAL melakukan pemeriksaan pesakit.Dia begitu mengagumi kecekapan HAIQAL.
(Zura asyik memerhatikan cara Haiqal melakukan pemeriksaan pada pesakit semasa melakukan rondaan di sebelah petang)
HAIQAL: Zura, lepas ni kita bergilir-gilir untuk lakukan rondaan pada pesakit.Jika terdapat sebarang kemusykilan, kita boleh berbincang.
ZURA: (tersentak sekejap apabila Haiqal berbicara) Yea, baiklah Doktor Haiqal.
HAIQAL: Are you ok?I tengok you ni asyik termenung je daripada tadi sepanjang kita buat rondaan.
ZURA: I’m ok, cuma tengah fikirkan macam mana caranya kalau nak jadi macam you.Cekap membuat pemeriksaan atas pesakit dan pandai melayan mereka.
HAIQAL: Semua benda ni perlukan pengalaman.Tak apa, dah lama-lama nanti, you akan jadi cekap dengan sendirinya.I don’t need to teach you anything that extraordinary because there is no such thing.Relax and just be yourself.
ZURA: Terima kasih Haiqal, atas nasihat berguna you tadi tu.
HAIQAL: Ok la, memandangkan kita dah sampai ke hujung rondaan kita pada petang ni, I nak masuk bilik I dulu untuk siapkan laporan.
ZURA: Haiqal, boleh tak kalau I nak sama-sama siapkan laporan tu?
HAIQAL: Kenapa pula tak boleh.Apa lagi, jom la.
(Haiqal dan Zura pun berjalan menuju ke bilik Haiqal)

Hari Lain
ADEGAN: 72
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. MALAM.
AYU terfikir tentang sikap Haiqal yang sabar dan selalu ambil berat pasal dia.HAIQAL selalu menelefon AYU untuk bertanyakan khabar.AYU tertanya-tanya adakah dia sudah jatuh cinta pada HAIQAL.Tapi kalau dia jatuh cinta pun apa salahnya, jatuh cinta pada suami sendiri bukannya orang lain.
(Ayu baru saja habis berbual di telefon dengan Haiqal)
baik sungguh sikap doktor yang selalu bersabar dan kerap menelefon untuk bertanyakan khabar, ini menunjukkan yang dia benar-benar ambil berat, Ayu berkata dalam hati
(Ayu berbaring sambil tersenyum melayan perasaannya yang sedang bahagia)
takkan dah jatuh cinta pula pada doktor tu, tapi tak salah kalau jatuh cinta sebab dah sah-sah dia tu suami sendiri dan bukannya orang lain, Ayu berkata dalam hati
(Ayu pura-pura telah tidur apabila Gina dan Wirda masuk ke bilik)

Hari Lain
ADEGAN: 73
INT. RESTORAN. SIANG.
AYU terserempak dengan HAIQAL yang sedang makan dengan ZURA.Dia buat-buat tidak kenal tetapi dalam hati tertanya-tanya apa yang HAIQAL buat dengan perempuan lain.Timbul cemburu dihati AYU.
(Ayu, Gina dan Wirda keluar untuk membeli barang)
(Ayu ternampak Haiqal sedang makan dengan seorang perempuan di sebuah restoran, nasib dia baik sebab Gina dan Wirda tak perasan Haiqal, kalau tak mesti mereka dah pergi tegur Haiqal sebagai papa Tina)
nasib baik Gina dan Wirda tak perasan doktor, kalau tak mesti diorang akan pergi tegur Haiqal, yea la, kan Haiqal tu papa Tina, Ayu berkata dalam hati
(Ayu buat-buat tak kenal tapi dalam hatinya tertanya-tanya siapa wanita tu)
siapa yea wanita tu, kenapa doktor keluar makan dengan dia berdua je, dah tak ada kawan lelaki yang lain ke yang boleh dijadikan teman untuk makan, Ayu berkata dalam hati
(timbul rasa cemburu dalam hati Ayu tapi dia tak boleh nak tunjukkan depan kawan-kawannya)
(mereka pulang ke rumah sewa setelah selesai membeli barang yang diperlukan)
ADEGAN: 74
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. MALAM.
AYU menghubungi HAIQAL bagi mengetahui tentang kejadian tengah hari tadi.Dia merasa lega setelah mendapat penjelasan daripada HAIQAL.
(Ayu menghubungi Haiqal apabila semua sudah naik ke bilik, nasib dia baik sebab esok adalah hujung minggu jadi masing-masing sibuk dengan hal mereka sendiri)
AYU: Assalamualaikum doktor.
(suara di hujung talian, ADEGAN 75)
AYU: Eh, saya Alhamdulillah sihat je.Bukan sebab tu la saya call doktor.Saya nak tanya doktor sikit boleh tak?
(suara di hujung talian, ADEGAN 75)
AYU: Tadi tengah hari doktor lunch dengan siapa?Dekat mana?
(suara di hujung talian, ADEGAN 75)
AYU: Ooo…Ok la, kalau macam tu sebab saya tak salah tengok la tadi.
(suara di hujung talian, ADEGAN 75)
AYU: Yea, saya ada pergi Putrajaya tadi untuk beli barang sikit, tapi saya dah bagi tahu doktor sebelum ni, dah lupa ke?
(suara di hujung talian, ADEGAN 75)
AYU: Saya pergi dengan kawan-kawan saya, jadi mana boleh saya tegur doktor, nanti mereka akan pelik apa sebenarnya hubungan kita.Yea la, doktor tu kan papa kepada Tina, macam mana pula boleh rapat dengan saya.
(suara di hujung talian, ADEGAN 75)
AYU: Setakat ni tak ada apa-apa perancangan lagi.Kenapa doktor?
(suara di hujung talian, ADEGAN 75)
AYU: Saya ok je, tapi doktor tak boleh datang ambil saya dekat rumah sewa ni.Apa kata kita jumpa dekat mall je.
(suara di hujung talian, ADEGAN 75)
AYU: In shaa Allah kita jumpa esok dekat mall.Dah lewat ni, saya masuk tidur dulu.Selamat malam, Assalamualaikum.
(suara di hujung talian, ADEGAN 75 dan telefon dimatikan)
(Ayu mengatur langkah untuk naik ke biliknya)
ADEGAN: 75
INT. RUMAH HAIQAL. MALAM.
HAIQAL mendapat panggilan daripada AYU.
(Haiqal sedang menonton televisyen apabila tiba-tiba telefon berbunyi)
HAIQAL: (menjawab telefon) Waalaikumsalam.Kenapa ni, Ayu tak sihat ke?
(suara di hujung talian, ADEGAN 74)
HAIQAL: Jangankan sikit, nak tanya banyak pun boleh.Ada apa Ayu?
(suara di hujung talian, ADEGAN 74)
HAIQAL: Walaupun saya tak tahu kenapa Ayu tanya saya soalan ni, tapi saya akan cuba untuk menjawabnya dengan sebaik mungkin, In shaa Allah.Erm…Ok, lunch tadi saya makan di sebuah restoran dekat Putrajaya.Saya makan dengan rakan sekerja saya yang bernama Dr. Baizura.Kebetulan kami sama-sama attend seminar di sekitar Putrajaya, tu yang kami makan sekali.
(suara di hujung talian, ADEGAN 74)
HAIQAL: Ayu pun ada datang Putrajaya ke tadi?
(suara di hujung talian, ADEGAN 74)
HAIQAL: Sorry, saya terlupa yang Ayu ada bagi tahu saya nak pergi beli barang.Kenapa tak tegur je saya?
(suara di hujung talian, ADEGAN 74)
HAIQAL: Yea tak yea juga la kan.Esok Ayu ada apa-apa perancangan?
(suara di hujung talian, ADEGAN 74)
HAIQAL: Kalau macam tu, saya nak ajak Ayu keluar.Sudi tak Ayu keluar dengan saya?
(suara di hujung talian, ADEGAN 74)
HAIQAL: Baiklah, kalau macam tu kita jumpa di mall dalam lebih kurang pukul 11 tengah hari.
(suara di hujung talian, ADEGAN 74)
HAIQAL: In shaa Allah.Selamat malam, Waalaikumsalam. (telefon dimatikan)
(Haiqal sambung menonton televisyen tapi fikirannya menerawang memikirkan pertemuan dia dengan Ayu esok)

Hari Lain
ADEGAN: 76
INT. PUSAT BELI BELAH. SIANG.
HAIQAL membawa AYU pergi shopping.Tiba-tiba HAIQAL mendapat panggilan daripada ZURA. ZURA mahu tumpang ke hospital pada esok pagi sebab kereta dia rosak.AYU merasa curiga.
(Haiqal dan Ayu sedang berjalan sambil melihat-lihat barang di kedai-kedai yang terdapat di mall tu apabila tiba-tiba telefon Haiqal berbunyi)
HAIQAL: (menjawab telefon) Ha Zura, ada apa?
ZURA: (terdengar suara Zura di hujung talian) I nak tumpang pergi kerja esok boleh tak?Kereta I rosak la.
HAIQAL: Boleh je, lagipun kita satu tempat kerja kan.Esok I pergi ambil you.
ZURA: (terdengar suara Zura di hujung talian) Thanks Haiqal.See you tomorrow. (telefon dimatikan)
AYU: Siapa tu?Bukan main mesra je saya tengok doktor jawab telefon.
HAIQAL: Ala, Zura rakan sekerja saya yang saya ceritakan hari tu.Dia nak tumpang pergi kerja esok sebab kereta dia rosak.
AYU: Tapi kenapa dia tak boleh tumpang orang lain je.
HAIQAL: Entah, saya pun tak tahu, mungkin tempat tinggal saya yang paling dekat dengan tempat tinggal dia kot.Dah la, jom kita pergi makan dulu.Lepas makan, kita pergi solat.Lepas solat baru kita sambung shopping.
(Ayu cuma mengangguk)
(mereka pergi ke sebuah restoran untuk makan tengah hari)

Hari Lain
ADEGAN: 77
EXT. HALAMAN LUAR RUMAH ZURA. SIANG.
HAIQAL pergi menjemput ZURA di rumahnya.Mereka berbual-bual di sepanjang perjalanan ke hospital.
(Zura dah pun tunggu di luar rumahnya, apabila Haiqal sampai, dia terus masuk ke dalam kereta Haiqal)
(setelah Zura masuk ke dalam kereta, Haiqal terus memandu pergi sambil berbual-bual dengan Zura di sepanjang perjalanan ke hospital)
HAIQAL: Dah lama tunggu ke?Sorry la, I lambat sikit.
ZURA: Eh, tak ada la, I pun baru je keluar tadi.
HAIQAL: You dah lama ke stay kat sini?
ZURA: Nak kata lama, tak ada la lama sangat, nak kata baru pun, tak ada la baru sangat.Ada la dalam setahun la juga.Kenapa yea?
HAIQAL: Tak ada apa-apa, saja je nak tahu.You dah breakfast?Kalau belum, kita singgah breakfast dulu.
ZURA: Tak apa la, I dah breakfast kat rumah dah pun.Tapi kalau you nak breakfast, I boleh temankan.
HAIQAL: I pun dah breakfast kat rumah tadi.Kalau macam tu kita terus ke hospital je la yea.
ZURA: (mengangguk) By the way, thanks yea sebab you sudi tumpangkan I ke hospital.
HAIQAL: Don’t worry, small matter je ni.Lagipun kita satu tempat kerja kan.Hari ni mungkin hari you, mana tahu esok lusa hari I pula minta tolong you.
(Haiqal meneruskan pemanduan sambil mendengar lagu yang dimainkan di radio, manakala Zura cuma mendiamkan diri setelah tidak mempunyai idea tentang topik apa yang sesuai untuk berbual dengan Haiqal)
ADEGAN: 78
INT. HOSPITAL. SIANG.
Mereka pun sampai di hospital.
(Haiqal memandu keretanya masuk ke perkarangan hospital)
ZURA: Rasa sekejap je perjalanan tadi.Ni dah pun sampai hospital.
HAIQAL: I hantar you kat depan pintu dulu, lepas tu baru I pergi park kereta.
ZURA: Tak perlu la.I naik dengan you dari tempat parking je la.
HAIQAL: Baiklah kalau macam tu.
(mereka naik lif untuk ke tingkat atas setelah Haiqal meletakkan keretanya di tempat kereta yang dikhaskan untuk kakitangan hospital)
ADEGAN: 79
INT. HOSPITAL. SIANG.
ZURA merasa selesa sekali apabila bersama dengan HAIQAL.Dia merasakan yang HAIQAL melayan dia dengan baik dan mereka serasi bersama.ZURA juga yakin yang mereka ditakdirkan untuk bersama.Tapi ZURA tidak tahu macam mana nak luahkan, takkan perigi nak cari timba pula.
(Zura masuk ke bilik yang dikhaskan untuk para doktor berehat lalu duduk di sofa selepas menghantar laporan pesakit kepada Haiqal setelah dia buat rondaan pagi)
kenapa aku rasa Haiqal tu layan aku baik sangat, rasa selesa bila disamping dia, Zura berkata dalam hati
(Zura bangun untuk membuat air)
rasa serasi sangat bila dengan Haiqal, macam memang dah ditakdirkan untuk bersama, tapi takkan aku pula nak kena luahkan, tak ke macam perigi cari timba pula nanti, Zura berkata dalam hati
(Zura duduk semula di sofa untuk menikmati air yang dibancuhnya tadi sambil berfikir tentang dia dan Haiqal)

Hari Lain
ADEGAN: 80
INT. HOSPITAL. SIANG.
ZURA pergi ke bilik HAIQAL.Dia mahu mengajak HAIQAL temankan dia pergi beli hadiah untuk ibunya.
(Haiqal sedang membuat kerjanya apabila terdengar bunyi ketukan pintu dari luar)
HAIQAL: Masuk.
(Zura pun masuk)
HAIQAL: Ada apa hal you cari I?
ZURA: Haiqal, you free tak petang ni lepas kerja?
HAIQAL: Kenapa?
ZURA: I ingat nak ajak you temankan I pergi beli birthday present untuk my mum.I nak beli rantai untuk dia.
HAIQAL: Erm…Let me think about it first.Tapi kenapa you tak ajak kawan perempuan you.
ZURA: Tak apa la kalau you tak boleh temankan.
HAIQAL: Boleh, kalau nak temankan, tapi I bagi tahu awal-awal la, I ni bukannya pandai sangat pilih barang kemas.
ZURA: Tak apa, you sudi nak temankan I pun dah cukup baik la tu.So, I tunggu you lepas kerja nanti.I pergi dulu. (mengatur langkah untuk keluar dari bilik)
(Haiqal sambung membuat kerja)
ADEGAN: 81
INT. PUSAT BELI BELAH. SIANG.
AYU ternampak HAIQAL dan ZURA sedang memilih barang kemas di kedai emas.Dia merasa kecewa dengan HAIQAL kerana merasakan yang HAIQAL ada hubungan sulit dengan ZURA.Dia teringatkan FAIZ, cinta pertamanya dulu.
(Ayu dan Wirda yang pergi membeli-belah ternampak Haiqal dan Zura di kedai emas)
WIRDA: Eh, tu bukan papa Tina ke?Dia dengan siapa tu?
AYU: Entah, mana la saya tahu.
WIRDA: Aku rasa la, tu girlfriend dia kot.Tapi apa diorang buat kat kedai emas yea?
AYU: Nak beli cincin kahwin la rasanya kot.
WIRDA: Kau rasa Tina tahu tak pasal benda ni?
AYU: Saya rasa, kita tak payah la nak sibuk hal diorang.Awak yang ajak saya pergi shopping, apa lagi, jom la. 
apa yang doktor buat dengan perempuan tu yea, berdua dekat kedai emas pula tu, ingatkan doktor berbeza daripada lelaki lain diluar sana, tapi sebenarnya sama je, ada hubungan sulit dengan perempuan lain di belakang isteri, Ayu berkata dalam hati 
(Ayu dan Wirda teruskan berjalan sambil Ayu teringatkan hal dulu)
ADEGAN: 82
IMBAS KEMBALI. INT. KEDAI EMAS. SIANG.
FAIZ mengajak AYU pergi ke kedai emas.Sedang mereka asyik memilih barang kemas yang sesuai, FAIZ telah mendapat panggilan telefon daripada ibunya.Mereka tidak jadi beli apa-apa pun sebab FAIZ dikehendaki pulang ke rumah dengan segera tanpa memberitahu apa-apa pun. 
(Faiz membawa Ayu ke kedai emas)
FAIZ: Saya janji, saya sentiasa akan jaga awak sampai bila-bila pun sebab saya sayang awak sorang je.
(Ayu hanya tersenyum mendengarkan kata-kata Faiz tu)
FAIZ: Buat masa ni, saya cuma mampu belikan awak barang kemas kat kedai ni je.In shaa Allah nanti kalau ada rezeki lebih, saya beli untuk awak banyak lagi barang kemas yang mahal-mahal.Cepat la pilih. (sambil menunjuk pada meja pameran yang terletak dihadapan mereka)
AYU: Tak tahu nak pilih yang mana satu.Semua pun macam cantik je.
(tiba-tiba telefon Faiz berbunyi lalu dijawab oleh Faiz)
(menunjukkan Faiz berbual-bual sebentar di telefon sebelum mendapatkan Ayu semula)
AYU: Siapa telefon tu?
FAIZ: Oh, mak saya tadi tu.Dia suruh saya balik dengan segera.Ada hal penting katanya.Nampaknya tak dapat la saya belikan awak barang kemas hari ni.
AYU: Tak apa, hari lain pun boleh beli.
FAIZ: Saya hantar awak dulu la sebelum saya balik.
(mereka sama-sama beredar dari kedai emas)
ADEGAN: 83
IMBAS KEMBALI. INT. RUMAH KELUARGA AYU. SIANG.
Selepas kejadian tu mereka sudah jarang berjumpa sehinggalah AYU mendapat kad jemputan kahwin FAIZ dengan perempuan lain.
(Ayu menerima kad jemputan kahwin yang tertera nama Faiz dengan pasangannya)
patut la sejak dari pertemuan di kedai emas tempoh hari dah jarang bertemu, rupa-rupanya dia dah ada orang lain, sampai hati Faiz buat Ayu macam ni, Ayu berkata dalam hati
(Ayu termenung mengenangkan nasibnya tu, walaupun sukar untuk lupakan Faiz tapi Ayu terpaksa sebab Faiz bakal  menjadi milik orang lain)
ADEGAN: 84
INT. PUSAT BELI BELAH. SIANG.
WIRDA yang perasan perubahan AYU lalu menegurnya.
(Wirda yang perasan dengan perubahan pada Ayu lalu menegurnya)
WIRDA: Kau ni dah kenapa, Ayu?Tak syok la shopping macam ni.Kau asyik termenung je daripada tadi.Kau ada masalah ke?Kalau kau ada masalah, kau boleh share dengan aku.
AYU.Tak ada apa-apa la, saya ok.Lapar la, apa kata kita pergi makan dulu. 
(Wirda mengangguk tanda setuju)
(mereka gerak ke food court)
(Ayu termenung lagi sambil makan)
ADEGAN: 85
IMBAS KEMBALI. EXT. TEPI PANTAI. SIANG.
AYU pergi berjumpa dengan FAIZ sehari sebelum hari pernikahan FAIZ. FAIZ menjelaskan segala-galanya bahawa yang semua ni adalah permintaan keluarganya.FAIZ tidak mempunyai pilihan lain dengan menganggap yang mereka tiada jodoh.Sejak daripada kejadian tu, AYU susah untuk percayakan cinta lain.
(Ayu pergi bertemu dengan Faiz sehari sebelum hari pernikahan Faiz)
AYU: Faiz, sanggup awak buat saya macam ni.Sampai hati awak nak kahwin dengan orang lain.
FAIZ: Bukan macam tu, saya tak punya pilihan.Mak saya yang aturkan semuanya supaya saya berkahwin dengan pilihannya.Saya tak nak jadi anak derhaka dan saya tak berani nak membantah keputusan dia.Maafkan saya Ayu.
AYU: Faiz, kita kenal bukannya sekejap, dah nak masuk dua tahun pun.Awak sepatutnya berterus-terang tentang perkara serius macam ni masa kita di kedai emas hari tu lagi.Ni tak, saya dapat tahu yang awak nak kahwin ni pun daripada kad jemputan yang sampai kat rumah saya tu.
FAIZ: Masa tu saya belum tahu tentang perkara ni.Saya dapat tahu masa saya jumpa mak saya lepas hantar awak balik hari tu.
AYU: Habis tu, kenapa lepas dah dapat tahu pun masih tak nak bagi tahu saya perkara yang sebenar.Biar je saya dapat tahu sendiri last-last minit macam ni.Awak ni memang tak ada perasaan dan hati perut kan Faiz.
FAIZ: Lagi sekali, maafkan la saya Ayu.Saya tak bermaksud nak lukakan hati awak.Lupakan je la saya, anggap kita tak ada jodoh untuk bersama. 
ya Allah kau kuatkan la hati hambamu ini dalam menempuhi ujian darimu, walaupun susah untuk kulupakan dia, tapi aku terpaksa, Faiz berkata dalam hati
AYU: Senang la kan, orang lelaki macam awak cakap macam tu.Semoga awak ketemu kebahagian yang awak idamkan selama ni bersama dia.Assalammualaikum. (terus pergi dari situ)
(Faiz menjawab salam dan hanya memandang Ayu dengan perasaan hampa dan hiba)
maafkan saya Ayu, tapi saya tak mampu untuk lakukan apa-apa, saya cuma boleh berharap yang Ayu dapat maafkan saya dan semoga berbahagia selalu, Faiz berkata dalam hati
(Faiz beredar setelah beberapa ketika mengenangkan nasibnya)
ADEGAN: 86
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. MALAM.
AYU berkata dalam hati yang dia ingatkan HAIQAL adalah berbeza dengan lelaki lain di luar sana.Dia ingatkan HAIQAL seorang lelaki yang boleh dipercayai.Ternyata telahannya salah setelah apa yang dia lihat siang tadi.
(Ayu dan Wirda baru pulang daripada membeli-belah dan terus naik ke bilik)
(Wirda masuk ke bilik air manakala Ayu berbaring sambil memikirkan hal siang tadi)
ingatkan doktor tu berbeza daripada lelaki lain di luar sana, boleh dipercayai, tapi ternyata telahanku salah setelah apa yang ternampak siang tadi, Ayu berkata dalam hati
(Ayu masuk ke bilik air setelah Wirda keluar)
(mereka turun untuk menonton televisyen selepas solat Isya’)
ADEGAN: 87
INT. RUMAH HAIQAL. MALAM.
HAIQAL merasa pelik.Sudah beberapa kali dia cuba hubungi AYU tetapi tidak berjaya.Dia berprasangka sesuatu yang buruk telah berlaku kepada AYU.Dia terus memandu ke rumah sewa AYU.Dia risaukan keselamatan AYU.
(Haiqal cuba menghubungi Ayu tapi tidak berjaya)
pelik, selalu kalau call, berjawab, kenapa kali ni dah dua tiga kali pun tak angkat, Haiqal berkata dalam hati
(Haiqal cuba pula mengirim mesej tapi setelah lama menunggu, masih juga tidak berbalas)
tak boleh jadi ni, entah-entah ada sesuatu yang buruk terjadi, nak kena pergi tengok ni kat rumah sewa dia, Haiqal berkata dalam hati
(Haiqal bersiap dan terus memandu ke rumah sewa Ayu)
ADEGAN: 88
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. MALAM.
Walaupun hatinya sakit, AYU tetap juga pergi berjumpa dengan HAIQAL.Dia tidak mahu teman serumah yang lain syak apa-apa yang bukan-bukan.AYU mahu mengajak TINA sekali, tetapi TINA sudah tidur.Dia bertanya tentang keberadaan HAIQAL siang tadi.AYU mahu lihat sejauh mana kejujuran HAIQAL.
(Haiqal sampai di depan pintu pagar rumah sewa Ayu lalu cuba menghubungi Ayu, dia kemudiannya membunyikan hon keretanya setelah beberapa kali gagal menghubungi Ayu)
(Ayu, Umi dan Wirda yang berada di ruang tamu merasa pelik tentang siapa yang datang malam-malam macam ni kat rumah sewa mereka)
UMI: Ish, siapa pula datang buat bising malam-malam macam ni.
WIRDA: Biar aku pergi tengok. (menjenguk di tingkap) Papa Tina la datang, tapi dia kan dah tidur, takkan nak kejutkan pula.
AYU: Tak apa, biar saya pergi jumpa papa Tina untuk bagi tahu perkara ni.
(Ayu keluar untuk bertemu dengan Haiqal)
ADEGAN: 89
EXT. HALAMAN LUAR RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. MALAM.
AYU keluar mendapatkan HAIQAL.
(Ayu membuka pintu pagar lalu mendapatkan Haiqal)
kalau ikutkan hati yang sakit, memang tak nak jumpa doktor malam ni, tapi kalau tak jumpa, nanti sampai pagi la doktor tu ada kat situ, nak ajak Tina pun dia dah tidur, Ayu berkata dalam hati
AYU: Ada apa hal doktor cari saya malam-malam macam ni?Ke doktor nak jumpa Tina?Kalau nak jumpa Tina, lain kali je la, sebab dia dah tidur.
HAIQAL: Tak, saya bukan nak jumpa Tina, saya nak jumpa awak, Ayu.Saya telefon Ayu banyak kali tapi tak berjawab, mesej pun tak berbalas.Saya ingatkan sesuatu yang buruk telah terjadi pada Ayu.Sebab tu saya datang tengok.Ayu ok ke?
AYU: Saya ok je la.Tak perlu risau.
HAIQAL: Habis tu, kenapa tak jawab call?
AYU: Mungkin saya tak perasan tadi.Minta maaf la doktor, menyusahkan doktor je untuk datang ke sini.
HAIQAL: Tak ada yang susahnya la, Ayu.Awak kan isteri saya.Kalau macam tu saya balik dulu la yea.
AYU: Doktor, nanti dulu.Saya nak tanya satu soalan boleh?
HAIQAL: Boleh, nak tanya banyak pun boleh.Apa dia?
AYU: Siang tadi doktor pergi mana?
HAIQAL: Pagi macam biasa, saya ke hospital.Tapi lepas kerja, saya temankan Zura ke kedai emas.Dia nak belikan hadiah untuk mak dia.Kenapa yea, Ayu tanya macam ni?
AYU: Patut la saya macam nampak doktor tadi.Tak ada apa-apa la, saya cuma inginkan kepastian.Dah lewat ni, saya nak masuk dulu la.
HAIQAL: Baiklah, saya balik rumah sekarang.Assalamualaikum.Selamat malam.
AYU: Waalaikumsalam.Drive elok-elok, nanti dah sampai rumah, mesej saya.Selamat malam.
(Haiqal cuma mengangguk dan terus memandu pergi)
(Ayu masuk ke rumah sewa setelah Haiqal pergi)
ADEGAN: 90
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. MALAM.
AYU masuk ke rumah sewa selepas bertemu dengan HAIQAL.
(Ayu melangkah masuk ke dalam rumah)
WIRDA: Kenapa papa Tina datang malam-malam macam ni?Dia nak apa?
AYU: Oh, dia bukannya cari Tina tapi cari saya.
UMI: Kenapa dia cari kau pula, Ayu?
AYU: Ayah saya ada kirimkan duit untuk saya.Kebetulan mereka satu kampung, tu yang papa Tina tolong sampaikan.
UMI: Tapi pelik la, takkan tak boleh nak tunggu esok siang kot.Malam-malam macam ni datang rumah orang semata-mata nak sampaikan pesanan.
AYU: Mungkin dia ada hal esok dan dia takut terlupa kemudian hari.Saya dah mengantuk la, saya naik dulu.
(Ayu mengatur langkah untuk naik ke tingkat atas)
(Umi dan Wirda sambung menonton televisyen)
ADEGAN: 91
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. MALAM.
AYU lega mendengar jawapan jujur daripada HAIQAL.
(Ayu masuk ke bilik dan mendapati Gina sudah lama tidur)
(Ayu duduk di atas katil sambil memikirkan pertemuannya dengan Haiqal sebentar tadi)
Alhamdulillah, nampaknya suamiku bukan la seperti yang difikirkan sebelum ni, ternyata dia berlaku jujur dalam setiap apa yang dia lakukan, ini membuatkanku bertambah sayang pada dia, Ayu berkata dalam hati

(Ayu bersiap untuk tidur, dia merasa mengantuk dan dah dua tiga kali dia menguap, tapi setelah menerima mesej daripada Haiqal baru la dia boleh tidur)

Bersambung...

Monday, May 2, 2016

Alangkah Indahnya

Alangkah Indahnya

Alangkah indahnya
Dunia ini
Disinari cahaya mentari
Dan terus menerangi
Hati-hati yang sepi

Alangkah indahnya
Langit dihiasi
Dengan warna pelangi
Selepas gerimis membasahi
Jiwa-jiwa yang sunyi

Alangkah indahnya
Alam bersimfoni
Sungguh merdu sekali
Dapat menenangkan hati
Insan-insan yang menyendiri

Alangkah indahnya
Irama harmoni
Ombak memukul pantai
Sentiasa beralun demi
Waktu-waktu yang diselami