Thursday, July 2, 2015

Nasihat Untuk Semua

Nasihat Untuk Semua

Belum tentu sahihnya kebenaran khabar berita
Jangan pula suka nak mereka-reka cerita
Biar hidup jauh dari sengketa
Daripada terus merasa terseksa menderita
Lebih baik diam daripada terus menabur fitnah semata
Kan lebih elok mengumpul pahala daripada dosa yang nyata
Masing-masing punya pendapat sendiri yang takkan mungkin sekata
Jadi cuba-cubalah cari penyelesaian yang sama rata

Saturday, May 2, 2015

Gayamu Yang Tersendiri

Gayamu Yang Tersendiri

Sendiri
Sendiri aku mengejar bayangmu
Dalam lena dan juga sedar
Namun tidak pula kutemui
Tanpa relaku telah tersesat
Entah ke alam mana aku pun tak tahu
Tapi semuanya kelihatan indah belaka
Bagaikan bertemu dengan bidadari

Sendiri
Sendiri aku menunggu hadirmu
Yang membuatkan aku hampir hilang sabar
Seakan lupa diri antara realiti atau fantasi
Tatkala terleka buat sesaat
Mencari-cari senyuman mesra darimu
Kenangan lalu muncul buat seketika
Pabila teringatkan gayamu yang tersendiri

Thursday, April 2, 2015

Begitulah Indahnya Kata

Begitulah Indahnya Kata

Indah kata
Pabila disulam dengan kemas dan rapi
Kehalusan susunannya bak kelembutan sutera
Salah faham boleh membawa sepi
Diam membisu tanpa perlu bersuara
Bukan sengaja tak ambil peduli
Cuma mengharap penuh pengertian
Masa dan kata tidak boleh diundur kembali

Indah kata
Pabila dituturkan dengan penuh kejujuran dan keikhlasan
Supaya ada rasa percaya mempercayai
Sehingga membawa kepada seribu satu rasa kemanisan
Yang takkan pernah mungkin dialami
Jika tidak melalui proses mengenal persahabatan
Setelah sekian lama tak bersua muka
Baru kini kusedari ianya pengerat ikatan

Monday, March 2, 2015

Rahsia Ilahi

Rahsia Ilahi

Diamku
Walaupun sekadar membisu
Bukan bermakna aku tak tahu
Cuma tak terluah kata itu
Dibiarkan tersimpan rapi sehingga ke satu waktu
Entah sampai bila aku pun tak tahu
Pabila tiba saat dan ketikanya akan diberitahu
Segala sesuatu yang ingin kalian ketahui

Diamku
Tetap sahaja di situ
Bukan bermakna tak ambil tahu
Sudah jauh berjalan beribu batu
Namun tetap jua tak tahu arah tuju
Tersesat sementara dalam duniamu
Dalam sibuk mencari keredhaan tuhan yang satu
Semoga hidayahmu membawaku kepadamu ilahi

Monday, February 2, 2015

Buat Sahabat

Buat Sahabat

Sahabat
Adakah aku sudah terlambat
Sekadar untuk mengucap selamat
Melangkah jauh masih tak sempat
Langkah kaki semakin berat
Kuteruskan jua walau terasa penat
Biarpun terhenti buat sesaat
Bukan bermakna patah semangat

Sahabat
Tangan dihulur untuk berjabat
Cuba tak kulepaskan genggaman erat
Walau bayangmu sukar dilihat
Setiap perwatakanmu akan kuingat
Sehingga ke garisan penamat
Bersamamu insan yang taat
Semoga berkekalan ke akhir hayat

Friday, January 2, 2015

Suasana Alam

Suasana Alam

Tatkala terpandang ke luar jendela...
Seakan-akan pita rakaman ligat bermain
Yang pasti tiada titik noktahnya
Bagaikan satu coretan kenangan
Dipenuhi dengan kehidupan warna-warni
Seperti sebuah fantasi yang terindah
Hanya disinari cahaya mentari
Tanpa dihujani dengan rasa resah

Tatkala terpandang ke luar jendela...
Suasana nan hijau membuatkan hati tenteram
Walau didatangi seribu tanda tanya
Rasa tenang dihati tak pernah padam
Sesekali kedengaran simfoni alam yang merdu
Kanak-kanak bermain ketawa riang
Jauh di sudut hati terasa rindu
Pada semua yang luas terbentang

Tuesday, December 2, 2014

Kisah Kehidupan

Kisah Kehidupan

Terpandang akan...
Contengan pada kertas
Tentang siapa yang teratas
Tidak selamanya di pentas
Sempadan waktu yang terbatas
Siang malam berlalu pantas
Sesekali angin deras melintas
Sampai masa akan dipintas

Terpandang akan...
Biasan cahaya pada gelas
Walaupun jauh tapi jelas
Susah senang sama digalas
Bukan menanti harap dibalas
Jangan sekali merasa malas
Biarpun halangan datang sekilas
Teruskan hidup dengan ikhlas