Tuesday, February 2, 2016

Aku Bukan Untukmu

Aku Bukan Untukmu

Dari jauh ku teringatkanmu
Bagaikan baru semalam kita bertemu
Sama-sama pergi menuntut ilmu
Biarpun susah tak pernah rasa jemu

Walaupun jauh beribu batu
Kau tetap juga begitu
Menjalani hidupmu yang tak menentu
Selamanya setia di situ

Chorus:

(Sedetik ku diamkan saja
Membiarkan masa berlalu
Tak kusangka segalanya telah berubah
Kini hati dan perasaanku bukan lagi milikmu
Mungkin aku bukan untukmu

Sejenak ku pejamkan mata
Membawaku jauh darimu
Maafkanlah seandainya aku yang bersalah
Bukan maksudku untuk melangkah pergi meninggalkanmu
Tapi aku bukan untukmu)

Bila kuimbas kembali
Saat pertama kali
Dirimu cuba kukenali
Terasa indah sekali

Apabila aku kembali ke realiti
Aku pun tak pasti
Kenapa kau tak lagi di hati
Memang sukar untuk dimengerti

Ulang Chorus 2 kali

Wednesday, January 20, 2016

Housemateku, Ibu Baruku - Draf Skrip (Part 1)

Housemateku, Ibu Baruku - Part 1

ADEGAN: 01
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. SIANG.
Perkenalan diantara AYU dan TINA.Teman serumah yang lain, GINA, UMI, WIRDA dan DIAN turut memperkenalkan diri masing-masing.AYU, GINA dan WIRDA tinggal di bilik yang sama.UMI dan DIAN tinggal satu bilik manakala TINA tinggal bilik seorang.
(terdengar bunyi orang bagi salam di luar pintu rumah)
(Ayu, Gina & Wirda yang sedang berbual di ruang tamu berhenti seketika untuk menjawab salam sambil menoleh ke arah pintu) 
TINA: (melangkah masuk lalu menuju ke ruang tamu) Hai, aku Tina.Aku sewa bilik yang paling kecil tu.
GINA: Ooo…Saya Gina.Yang sebelah saya ni Ayu.Yang tu Wirda. (sambil menunjuk kepada Ayu dan Wirda) Kami sewa bilik besar tu.
TINA: Korang dah kenal dengan Umi dan Dian?
WIRDA: Dah.Rasanya mereka ada di bilik.
TINA: Kalau macam tu aku naik dulu la yea. 
(yang lain cuma mengangguk)
(Tina mengatur langkah untuk naik ke tingkat atas)
ADEGAN: 02
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. SIANG.
TINA pergi ke bilik UMI dan DIAN.Mereka berbual.TINA beritahu bahawa dia dah seminggu tinggal di rumah sewa tu.Dia cuma balik sekejap untuk mengambil barang.
(bunyi ketukan pintu bilik)
(Umi dan Dian yang sedang mengemas barang berpandangan antara satu sama lain)
UMI: (pergi buka pintu) Orang jauh dah sampai.
DIAN: Siapa?
UMI: Siapa lagi, Tina la.
TINA: (melangkah masuk ke bilik) Mana ada aku baru sampai.Dah seminggu aku kat sini.Aku cuma balik kejap je untuk ambil barang.
DIAN: Oh, patut la bilik yang paling kecil tu berkunci.Rupanya kau dah pilih dulu.Nasib baik kitaorang tak bagi tahu tuan rumah yang bilik tu tak boleh buka.
TINA: Korang tengah kemas barang ke?
UMI: Ha, tengah kemas barang ni.Kenapa, kau nak tolong ke?
TINA: Eh, tak ada la.Korang ingat aku ni rajin sangat ke.Barang aku kat bilik tu pun belum habis kemas lagi.Ok la, tak nak ganggu korang.Aku balik bilik aku dulu. (melangkah keluar bilik)
(Umi dan Dian sambung kemas barang)
ADEGAN: 03
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. SIANG.
TINA masuk ke biliknya lalu duduk di atas katil sambil teringatkan masa dia pulang ke rumahnya untuk mengambil barang.
(Tina masuk bilik lalu duduk atas katil sambil teringatkan sesuatu)
ADEGAN: 04
IMBAS KEMBALI. INT. RUMAH HAIQAL. SIANG.
TINA pulang ke rumahnya untuk mengambil barang tapi HAIQAL tidak ada di rumah.
(Tina melangkah masuk ke rumah dan mendapati Haiqal tidak ada di rumah setelah puas mencari di setiap pelusuk di rumah tu)
papa ni asyik tak ada kat rumah je, takkan tidur kat hospital lagi, Tina bersungut dalam hati
(setelah selesai ambil barang, Tina pulang semula ke rumah sewa)
ADEGAN: 05
INT. RESTORAN. MALAM.
Lepas Isya’, TINA, AYU, GINA, WIRDA, UMI dan DIAN keluar makan malam di luar.
(mereka duduk satu meja dan kemudian membuat pesanan makanan)
(sementara menunggu makanan siap, mereka berbual)
UMI: Korang dah ready ke untuk semester baru ni?
TINA: Apa tak ready pula, I’m always ready.Anyway Ayu, Gina dan Wirda, korang ambil course apa yea?
WIRDA: Kitaorang study bisnes.Kau Tina?
TINA: Aku satu kelas dengan Umi dan Dian la, ambil engineering.
AYU: Esok kita nak pergi daftar pukul berapa?
GINA: Pukul 8 pagi.Lagi awal kita pergi, lagi cepat urusan kita selesai.Lepas tu boleh balik rehat.
WIRDA: Kau ni kerja nak rehat je.Dah tahu ke subjek apa nak ambil semester ni?
GINA: Belum tahu lagi.Saya ikut je apa yang awak dengan Ayu pilih.
DIAN: Eh, esok nak kena bawa apa?
TINA: Bawa diri kau dengan kad matriks je.Kau ni macam tak biasa je la Dian.
DIAN: Ala...Aku tanya je (belum sempat berbicara lanjut, makanan pun sampai) Lapar la, jom makan. (sambil mula membaca doa makan)
(mereka menikmati hidangan setelah makanan sampai dan terus balik ke rumah sewa setelah selesai makan)

Hari Lain
ADEGAN: 06
INT. DEWAN UNIVERSITI. SIANG.
RAZIF asyik memerhatikan AYU yang sedang berbual tanpa menghiraukan HERMAN dan FAHMI.Merupakan hari pendaftaran semula pelajar ke semester baru.
(Razif, Herman dan Fahmi baru saja selesai urusan pendaftaran semula ke semester yang baru)
RAZIF: (asyik memerhatikan Ayu tanpa menghiraukan kawan-kawannya) Korang tahu tak siapa budak perempuan yang tengah borak tu?Ala...Yang pakai baju kurung warna biru tu. (sambil menunjuk ke arah Ayu dan kawan-kawannya)
HERMAN & FAHMI: (menjawab hampir serentak) Entah, kitaorang pun tak tahu.
HERMAN: Jom la, banyak lagi barang nak kena kemas kat rumah tu.
(mereka pun beredar)

Hari Lain
ADEGAN: 07
INT. PERPUSTAKAAN. SIANG.
TINA menyapa RAZIF yang sedang menelaah dan terus duduk di meja yang sama tanpa dipelawa.RAZIF tidak mempedulikan TINA.Apabila terlihat saja AYU, RAZIF terus pergi meninggalkan TINA sendirian.TINA kehairanan.
(Razif sedang khusyuk menelaah)
(Tina yang baru selesai mencari buku ternampak Razif)
TINA: (menuju ke arah meja Razif) Hai Razif. (terus duduk di bangku kosong sebelah Razif)
(Razif tidak mempedulikan Tina dan terus membaca buku)
(kemudian Razif ternampak Ayu dan terus pergi mendapatkan Ayu)
(Tina kehairanan ditinggalkan keseorangan oleh Razif)
ADEGAN: 08
EXT. PERKARANGAN UNIVERSITI. SIANG.
RAZIF berlari mendapatkan AYU dan memperkenalkan dirinya.Mereka berjalan seiring sambil berbual.Tiba di fakulti bisnes, AYU gerak ke dewan kuliah manakala RAZIF mengatur langkah ke cafeteria.
(Razif berlari mendapatkan Ayu)
RAZIF: Assalamualaikum.Boleh kita berkenalan?
AYU: (memperlahankan langkah) Waalaikumsalam. (mengangguk) 
RAZIF: Saya Razif.Pelajar jurusan kejuruteraan. (sambil menghulurkan tangan tanda salam perkenalan)
AYU: Minta maaf, kita bukan muhrim, saya tak boleh sambut salam awak tu.
RAZIF: Sorry, salah saya, tapi boleh saya tahu nama awak dan awak study course apa?
AYU: Saya Ayu.Ambil jurusan bisnes.
RAZIF: Awak sudi tak kalau saya nak berkawan dengan awak?
AYU: Apa salahnya.Kawan biar seribu, musuh jangan dicari.Tapi saya ada kuliah ni.Memandangkan kita dah sampai fakulti bisnes, saya terpaksa pergi dulu.Semoga dapat berjumpa lagi di lain hari. 
RAZIF: In shaa Allah. 
(Ayu gerak ke dewan kuliah)
(Razif mengatur langkah ke cafeteria)
ADEGAN: 09
INT. CAFETERIA. SIANG.
RAZIF bertemu dengan HERMAN dan FAHMI.Mereka makan tengah hari sebelum pulang ke rumah sewa.
(Razif mendapatkan Herman dan Fahmi di meja makan)
RAZIF: Hai korang.Teka la aku jumpa siapa tadi.
FAHMI: Siapa?VVIP mana pula yang kau jumpa ni.Share la ngan kitaorang.
RAZIF: Bukan VVIP la, tapi awek yang aku tanya korang hari tu.
FAHMI: Awek mana yea, dah tak ingat la.
RAZIF: Ala...Yang pakai baju kurung biru masa hari pendaftaran hari tu.
HERMAN: Apa-apa je la Razif, asalkan kau bahagia.
RAZIF: Korang dah makan ke belum ni?
FAHMI: Belum lagi.Kitaorang tunggu kau la.
RAZIF: Sorry la lambat sikit.Jom la, pergi beli makan.
HERMAN: Habis, kalau semua pergi, siapa yang nak jaga tempat.Korang pergi la dulu.Aku pergi kemudian.
RAZIF & FAHMI: (menjawab hampir serentak) Ok.Kami pergi dulu. (bangun untuk pergi membeli makanan)
(beberapa minit kemudian)
FAHMI: Man, kau pergi la.Orang dah makin ramai ni. (sambil meletakkan makanan atas meja)
(Herman pun bangun untuk pergi membeli makanan)
(beberapa minit kemudian setelah mereka selesai makan)
HERMAN: Ni nak balik rumah sewa terus ke korang ada nak pergi mana-mana?
FAHMI: Balik terus la.Aku tak ada nak pergi mana-mana.Kau macam mana Razif?
RAZIF: Aku ikut je.
(mereka gerak balik rumah sewa)

Hari Lain
ADEGAN: 10
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. SIANG.
Pada hujung minggu mereka masak bersama-sama.Tapi TINA tidak turut serta sebab dia segan, dia tidak pandai masak.TINA teringatkan masa arwah ibunya masih ada.
(semua sibuk di dapur kecuali Tina)
(Ayu pergi mendapatkan Tina)
(Tina yang sedang berehat menjawab salam lalu pergi membuka pintu bilik)
AYU: Tina, jom la join kami masak.
TINA: Tak apa la, korang je la masak.Aku malas la.
AYU: Betul tak nak join ni?
TINA: Tak apa, nanti kalau aku rasa nak join, aku turun.
AYU: Kalau macam tu saya turun dulu yea. (mengatur langkah untuk turun ke tingkat bawah)
(Tina teringatkan masa arwah ibunya masih hidup)
ADEGAN: 11
IMBAS KEMBALI. INT. RUMAH HAIQAL. SIANG.
TINA mengelat apabila disuruh menolong di dapur.Dia merasakan masih terlalu awal dan dia punya banyak masa untuk belajar dengan ibunya.Akhirnya dia tidak berkesempatan untuk belajar memasak daripada ibunya setelah ibunya meninggal.
(terdengar suara memanggil Tina dari dapur)
TINA: (gerak ke dapur dari ruang tamu) Ada apa mama?
ANI: Mama nak Tina tolong mama masak.
TINA: Ala...Esok-esok la Tina tolong mama.
ANI: Setiap kali mama suruh, itu je ayat kamu.Bila kamu nak berubah mama pun tak tahu.Suka hati kamu la Tina, buat la apa yang kamu suka.
TINA: Ala mama, jangan la merajuk.Tina bukannya tak nak tolong mama, tapi Tina ada benda lain nak buat.Lain kali je la Tina tolong mama. (terus ke ruang tamu semula)
(Ani hanya mampu menggelengkan kepala dengan gelagat Tina)
ADEGAN: 12
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. SIANG.
Setelah selesai masak, mereka makan tengah hari bersama-sama.Mereka turut mengajak TINA untuk makan bersama.Walaupun pada mulanya TINA keberatan, tetapi akhirnya dia ikut juga.
(setelah siap memasak, mereka bersiap sedia untuk makan bersama-sama kecuali Tina)
(Umi pergi mendapatkan Tina di biliknya)
(Tina yang sedang berbaring apabila tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pada pintu biliknya, lalu dia bangun pergi membuka pintu biliknya)
UMI: Tina, jom makan sekali.Kitaorang dah habis masak.
TINA: Tak apa la, korang je la makan, aku tak lapar.
UMI: Kalau kau tak lapar, kau makan sikit jadi la.Semua dah tunggu kau nak makan sama-sama.Kalau kau tak ada, tak syok la.
TINA: Ok la, aku makan sekali.
(Tina dan Umi turun ke tingkat bawah dan terus menuju ke meja makan)
(semua orang sudah menunggu mereka untuk menjamu selera)
(mereka menikmati juadah yang ada bersama-sama)

Hari Lain
ADEGAN: 13
INT. HOSPITAL. MALAM.
PAK IRFAN menghubungi AYU bagi memaklumkan bahawa MAK SALMA dimasukkan ke hospital.
(Pak Irfan duduk di bangku di luar bilik rawatan dan menghubungi Ayu)
PAK IRFAN: Assalamualaikum.
(suara di hujung talian, ADEGAN 14)
PAK IRFAN: Mak kamu dimasukkan ke hospital.
(suara di hujung talian, ADEGAN 14)
PAK IRFAN: Ayah dengan Ain dah ada di hospital ni.
(suara di hujung talian, ADEGAN 14)
PAK IRFAN: Baiklah, ayah tunggu kamu datang. (telefon dimatikan)
(Pak Irfan masuk semula ke dalam bilik rawatan)
ADEGAN: 14
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. MALAM.
AYU mendapat panggilan telefon.Dia bergegas pergi tanpa memberitahu sepatah perkataan pun.Teman sebiliknya yang lain terpinga-pinga.
(Ayu sedang membuat ulang kaji kemudian telefonnya berbunyi)
AYU: (menjawab telefon) Waalaikumsalam.Ada apa ayah call Ayu malam-malam ni?
(suara di hujung talian, ADEGAN 13)
AYU: Ayah ada di mana sekarang ni?
(suara di hujung talian, ADEGAN 13)
AYU: Kalau macam tu Ayu siap sekarang.Lepas siap, Ayu terus pergi sana. 
(suara di hujung talian, ADEGAN 13 dan telefon dimatikan)
(setelah siap Ayu terus bergegas pergi tanpa memberitahu apa-apa pada teman sebilik yang lain, ini membuatkan mereka terpinga-pinga)
ADEGAN: 15
INT. HOSPITAL. MALAM.
Sebaik sahaja AYU sampai di bilik rawatan yang menempatkan ibunya, AYU segera mendapatkan ibunya; MAK SALMA yang terlantar di katil.Adik Ayu; AIN sedang duduk di bangku bersebelahan katil ibu.Doktor yang merawat ibunya; HAIQAL turut berada di situ.Kelihatan bapa Ayu; PAK IRFAN termenung di jendela bilik.Masuk kali ni sudah tiga kali ibunya terlantar di hospital.Doktor memberitahu sakit jantung yang ibu tanggung semakin serius.
(Ayu mendapatkan Mak Salma yang terlantar di katil)
(Ain sedang duduk di bangku bersebelahan katil Mak Salma manakala Pak Irfan termenung di jendela bilik)
masuk ni dah tiga kali mak ditahan di hospital, Ayu berkata dalam hati
HAIQAL: Memandangkan semua ahli keluarga dah ada di sini, saya ingin memaklumkan bahawa sakit jantung yang ditanggung oleh Mak Salma sudah semakin serius.Sekiranya tidak dilakukan pembedahan, saya khuatir tidak dapat diselamatkan.
(Pak Irfan menghampiri Haiqal)
PAK IRFAN: Doktor, bukan kami tak nak, tapi tak punya wang yang cukup untuk menanggung kos pembedahan.Apatah lagi kos perubatan selepas pembedahan.
HAIQAL: Saya faham dan akan cuba bantu setakat mana yang saya boleh bantu.Harap Pak Irfan sekeluarga dapat bersabar dengan ujian Allah ni.Kita semua hanya mampu merancang tapi Allah lebih mengetahui segala-galanya.
PAK IRFAN: Terima kasih doktor.
(Haiqal beredar sejurus selesai menyampaikan maklumat kesihatan pesakit)

Hari Lain
ADEGAN: 16
INT. SURAU HOSPITAL. SIANG.
AYU yang baru selesai solat Subuh, teringat kembali perbincangan semalam.
(Ayu selesai solat Subuh, masih duduk di tikar sejadah sambil teringatkan perbincangan semalam)
ADEGAN: 17
IMBAS KEMBALI. INT. HOSPITAL. MALAM.
MAK SALMA menyatakan hasratnya untuk menjodohkan AYU dengan HAIQAL. AYU yang terkejut dengan permintaan ibunya, hanya diam.PAK IRFAN juga hanya berdiam diri.HAIQAL tidak memberi sebarang jawapan.Perkara ini perlu difikir baik-baik sebelum sebarang keputusan diambil.Malam tu AYU menemani ibunya di hospital.
(kelihatan Haiqal mahu beredar dari bilik rawatan tu)
MAK SALMA: Nanti dulu doktor.Mak cik ingin tahu pendapat doktor tentang cadangan yang mak cik suarakan untuk menjodohkan anak mak cik; Ayu dengan doktor.
(Ayu terkejut dengan pernyataan ibunya tapi tidak berkata apa-apa)
(Pak Irfan juga hanya diamkan diri seperti tiada apa yang berlaku)
HAIQAL: Saya minta maaf Mak Salma.Saya tidak dapat memberikan jawapannya sekarang.Saya rasa perkara ini perlu difikir baik-baik oleh kedua-dua pihak sebelum sebarang keputusan diambil.
(Ain hanya mendengar segala perbualan mereka sambil berpura-pura tidur di tepi katil Mak Salma)
(masing-masing hanya berdiam diri memikirkan sesuatu kemudian Haiqal meminta izin untuk beredar)
(setelah Haiqal keluar, Pak Irfan dan Ain pun bersiap untuk ke rumah saudara mereka di KL)

(Ayu menemani Mak Salma)

Bersambung...

Saturday, January 2, 2016

Haruskah Aku

Haruskah Aku

Telah puas aku memikirkan
Bagaimana harus aku memulakan
Bicara tentang rahsia hati
Yang dikaulah cinta sejati

Sudah lama aku membiarkan
Namun tak aku meluahkan
Segala perasaan hatiku ini
Hanya dikaulah yang kuingini

Chorus:

(Haruskah aku berterus-terang
Tentang perasaanku
Yang terlalu merinduimu
Kini dan selamanya

Haruskah aku berterus-terang
Tentang perasaanku
Yang terlalu menyayangimu
Buat selama-lamanya)

Seandainya kau dapat mendengarkan
Suara hatiku yang membisikkan
Pasti kau akan mengetahui
Segala apa yang kurasai

Perlukah aku terus melupakan
Sukar untuk aku melepaskan
Perasaan cinta yang bersemi
Semoga engkau dapat memahami

Ulang Chorus 2 kali

Wednesday, December 23, 2015

Housemateku, Ibu Baruku - Watak & Perwatakan

Housemateku, Ibu Baruku - Watak & Perwatakan

Haiqal Mukhriz (Haiqal)
Bapa kepada Tina.Seorang doktor pakar jantung.Selalu sibuk dengan tugas sehinggakan isteri sendiri sakit pun tak tahu.Suami kepada Ani dan kemudiannya Ayu, selepas kematian Ani.Menantu Pak Irfan dan Mak Salma.Abang ipar kepada Ain.Kawan baik kepada Elyas dan rakan sekerja Zura.

Ayuni Soleha (Ayu) 
Isteri kepada Haiqal.Ibu baru kepada Tina yang juga merupakan teman serumahnya di universiti.Juga merupakan teman serumah Gina, Umi, Wirda dan Dian.Anak kepada Pak Irfan dan Mak Salma.Kakak kepada Ain.Pelajar jurusan bisnes.

Qistina Zafirah (Tina)
Anak tunggal kepada Haiqal dan Ani.Menyalahkan bapanya atas kematian ibunya.Teman serumah Ayu, Gina, Umi, Wirda dan Dian.Juga merupakan teman sekuliah Razif, Herman dan Fahmi.Pelajar jurusan kejuruteraan.Menyimpan perasaan pada Razif.

Razif Khaizan (Razif) 
Teman serumah Herman dan Fahmi yang juga merupakan teman sekuliah Tina, Umi dan Dian.Meminati Ayu.

Anita Jasmin (Ani)
Ibu kandung Tina.Isteri pertama Haiqal.Meninggal akibat kanser.

Pak Irfan dan Mak Salma
Ibu dan bapa kepada Ayu dan Ain.Ibu dan bapa mertua kepada Haiqal.Mak Salma juga merupakan pesakit kepada Haiqal.

Aini Suhaila (Ain) 
Adik kepada Ayu.Anak kedua Pak Irfan dan Mak Salma.Adik ipar kepada Haiqal.Masih bersekolah di tingkatan 5.

Herman Zamil (Herman)
Teman serumah Razif dan Fahmi yang juga merupakan teman sekuliah Tina, Umi dan Dian.Dalam diam menyimpan perasaan terhadap Tina.

Fahmi
Teman serumah Razif dan Herman yang juga merupakan teman sekuliah Tina, Umi dan Dian.

Gina, Umi, Wirda dan Dian
Teman serumah Ayu dan Tina.Gina dan Wirda merupakan teman sekuliah Ayu manakala Umi dan Dian adalah teman sekuliah Tina, Razif, Herman dan Fahmi.

Dr. Elyas (Elyas) 
Kawan baik Haiqal.Merupakan doktor pakar kanser.

Dr. Baizura (Zura) 
Rakan sekerja Haiqal, bekerja di bawah Haiqal di unit yang sama.Mengagumi dan meminati Haiqal.Menyangka yang Haiqal masih belum berkahwin lain.

Faizul Naim (Faiz)
Cinta pertama Ayu.Keluarga dia tidak merestui hubungan dia dengan Ayu.Terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarga.

Sunday, December 20, 2015

Housemateku, Ibu Baruku - Jalan Cerita

Housemateku, Ibu Baruku - Jalan Cerita

Haiqal Mukhriz (Haiqal) berkahwin dengan Ayuni Soleha (Ayu) selepas kematian isteri pertamanya iaitu Anita Jasmin (Ani).Dia berkahwin dengan Ayu tanpa mengetahui bahawa Ayu merupakan teman serumah anaknya sendiri.Hubungan Haiqal dengan anaknya iaitu Qistina Zafirah (Tina) renggang kerana dia terlalu sibuk bekerja sehinggakan arwah isterinya sakit pun dia tak tahu.Sejak kematian isterinya, Tina langsung tak mahu bercakap dengannya.Apatah lagi untuk pulang ke rumah, memang sudah jarang sekali.

Perkahwinan ni sebenarnya atas permintaan Mak Salma, ibu kepada Ayu, yang juga merupakan pesakit Haiqal.Mak Salma mahu melihat Ayu berkahwin sebelum dia pergi menghadap ilahi.Dia juga risau dan takut kalau tak sempat, sebab Ayu susah untuk membuka pintu hatinya pada orang lain setelah dikecewakan oleh cinta pertamanya dahulu.Ayu tidak membantah dengan pilihan keluarganya kerana Haiqal telah banyak berjasa dalam merawat ibunya.Dia juga tahu bahawa Haiqal merupakan seorang lelaki yang baik.Pada Haiqal pula, dia bersetuju dengan perkahwinan tersebut sebab dia memang telah jatuh hati pada Ayu.Ayu merupakan wanita pertama yang berjaya membuat hatinya terbuka untuk berkahwin lain.Dia merasa tenang tatkala terpandang sahaja wajah Ayu.

Ayu meminta untuk dirahsiakan tentang perkahwinan mereka daripada rakan-rakan satu universitinya dan juga rakan sekerja Haiqal di hospital, setidak-tidaknya sehingga dia tamat belajar.Dia hanya akan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri setelah dia betul-betul sudah bersedia.Mereka perlu berpura-pura ketika berada di kampung dan ketika berhadapan dengan keluarga Ayu.Ayu menjaga adab serta batas-batas sebagai seorang isteri iaitu dengan tidak bergaul rapat dengan lelaki lain.Walaupun berbuat demikian, dia tetap juga diganggu oleh Razif Khaizan (Razif), seorang pelajar lelaki yang minat pada dia sebab tidak tahu yang dia sudah berkahwin.Haiqal juga tidak mahu terlalu mendesak Ayu supaya menerimanya sebagai seorang suami yang sah.Dia faham jarak perbezaan usia diantara mereka yang terlalu besar.Dia akan bersabar sehingga Ayu dapat betul-betul menerimanya sebagai seorang suami walau selama mana pun masa yang diambil.Dia yakin masa yang akan menentukan segalanya.Dia juga yakin dengan ketentuan dan jodoh Allah.

Walaupun demikian, Haiqal tidak pasti berapa lama jiwa lelakinya mampu bersabar.Dia hanya mampu berdoa pada Allah semoga segala-galanya dipermudahkan.Ketika mereka mula hendak merasa bahagia sepertimana pasangan berkahwin yang lain, dugaan datang dalam pelbagai bentuk dari arah yang berlainan.Tina yang baru mendapat tahu bahawa bapanya telah berkahwin dengan teman serumahnya, sukar untuk menerima hakikat tersebut.Hatinya bertambah geram apabila lelaki yang dia minat iaitu Razif, turut meminati Ayu.Dia merasa iri hati dengan segala kelebihan yang dimiliki oleh Ayu.Tidak kurang juga dengan gangguan Dr. Baizura (Zura) yang meminati Haiqal.Timbul salah faham dan syak wasangka diantara mereka.Cinta antara Haiqal dan Ayu begitu hebat dilanda ujian Allah.Berkat doa dan tolak ansur, hubungan antara Haiqal dan Ayu dapat diperbaiki.Kini Haiqal cuma berharap yang anaknya dapat berbaik semula dengan Ayu.Kalau boleh Haiqal tak nak perkara ni menjejaskan hubungan kekeluargaan diantara mereka.Sekiranya Tina tak dapat untuk terima Ayu sebagai ibu baru, cukup jika mereka menjadi kawan baik.Haiqal risau jika hubungan dia dengan Tina yang sememangnya sudah renggang, putus begitu saja tanpa dapat diselamatkan.Walaupun dia tahu hubungan darah daging tak akan dapat dipisahkan seperti air yang dicincang tak akan putus.

Satu insiden antara Ayu dan Tina telah menyebabkan Ayu keguguran.Sekali lagi cinta antara Haiqal dan Ayu diuji.Haiqal dalam dilema antara cinta pada isteri atau kasih pada anak.Kalau boleh dia tak nak memilih dan dia tak mampu untuk memilih.Kedua-duanya pun penting dalam hidupnya.Bagi Ayu, dia tak pernah salahkan Tina atas apa yang terjadi.Dia menganggap semuanya takdir yang telah ditetapkan oleh Allah.Tina merasa bersalah atas apa yang terjadi.Tina tak pernah berhasrat untuk melukakan hati bapanya.Apatah lagi arwah ibunya pun pernah berpesan supaya menjaga bapanya apabila ibunya sudah tiada lagi.Tina tak pernah lupa pesanan ibunya itu, tetapi Tina masih belum dapat memaafkan bapanya.Ibunya meninggal sebab bapanya terlalu sibuk dan sekarang bapanya berkahwin pula dengan wanita sebaya dengannya.


Dapatkah Tina memaafkan bapanya dan berbaik semula dengan Ayu? Apakah pula reaksi Razif dan Zura, apabila mengetahui bahawa orang yang mereka minat selama ini telah berkahwin dengan orang lain? Adakah Haiqal, Ayu dan juga Tina dapat hidup bahagia sebagai satu keluarga?

Wednesday, December 2, 2015

Aku Cinta Kau

Aku Cinta Kau

Telah kuserahkan hatiku padamu
Telah kubuktikan setiaku terhadapmu
Masih juga kau tak percaya
Aku cinta kau sejujurnya

Telah kuluahkan segalanya kepadamu
Telah kucurahkan kasihku untukmu
Masih juga membuat kau tertanya
Aku cinta kau sebenarnya

Chorus:

(Bila kukata cinta
Kau diam seribu bahasa
Bila kukata sayang
Kau langsung tak pandang
Apa lagi harusku buat
Demi mendapatkan cintamu

Bila aku buat tak kisah
Kau mulai marah
Bila aku buat tak tahu
Kau terus menyapaku
Betul aku tak faham
Adakah kau cintaiku)

Tak sanggup aku berpisah denganmu
Tak sanggup aku jauh darimu
Walaupun sekejap aku tak berdaya
Benar aku cinta kau sesungguhnya

Ulang Chorus

Kasihku
Seandainya kau terima cintaku
Izinkanku menjagamu seumur hidupku
Kerna aku cinta kau selamanya

Ulang Chorus

Monday, November 2, 2015

Cinta Kita Berdua

Cinta Kita Berdua

L:
Terasa bagaikan ada sesuatu
Saat pertama kali terpandang wajahmu
Adakah kau juga begitu
Atau hanya aku yang tergilakanmu

P:
Hidupku jadi tak menentu
Sejak pertama kali bertemu denganmu
Namunku diam terpaku di situ
Cuba sembunyikan rasa hatiku terhadapmu

Chorus:

(Both:

Biar masa berlalu
Cinta kita berdua
Kan tetap bersatu
Akhirnya...

Biar berapa lama
Cinta kita berdua
Kan tetap bersama
Selamanya...)

L:
Aku menyukaimu sejak dulu
Setiap kali aku cuba mendekatimu
Membuatkan lidahku menjadi kelu
Tak beraniku luahkan perasaanku padamu

P:
Walau timbul rasa malu
Sesekali mataku cuba untuk memandangmu
Rangkaian kata tak perlu
Untuk aku mengerti apa maksudmu

Ulang Chorus

L:
Tuhan
Kusuka dia
Berkatilah cinta kami berdua

P:
Tuhan
Kuingin bersamanya
Rahmatilah cinta kami berdua

Both:
Semoga berkekalan sampai syurga

Ulang Chorus