Monday, November 2, 2015

Cinta Kita Berdua

Cinta Kita Berdua

L:
Terasa bagaikan ada sesuatu
Saat pertama kali terpandang wajahmu
Adakah kau juga begitu
Atau hanya aku yang tergilakanmu

P:
Hidupku jadi tak menentu
Sejak pertama kali bertemu denganmu
Namunku diam terpaku di situ
Cuba sembunyikan rasa hatiku terhadapmu

Chorus:

(Both:

Biar masa berlalu
Cinta kita berdua
Kan tetap bersatu
Akhirnya...

Biar berapa lama
Cinta kita berdua
Kan tetap bersama
Selamanya...)

L:
Aku menyukaimu sejak dulu
Setiap kali aku cuba mendekatimu
Membuatkan lidahku menjadi kelu
Tak beraniku luahkan perasaanku padamu

P:
Walau timbul rasa malu
Sesekali mataku cuba untuk memandangmu
Rangkaian kata tak perlu
Untuk aku mengerti apa maksudmu

Ulang Chorus

L:
Tuhan
Kusuka dia
Berkatilah cinta kami berdua

P:
Tuhan
Kuingin bersamanya
Rahmatilah cinta kami berdua

Both:
Semoga berkekalan sampai syurga

Ulang Chorus

Friday, October 2, 2015

Ya Tuhanku

Ya Tuhanku

Entah mengapa terasa sepi
Seperti di alam mimpi
Yang tiada berpenghuni
Hanya langkah yang menemani

Terus hanyut tanpa disedari
Lemas dalam bayang sendiri
Mencari sesuatu yang tak pasti
Bagaikan menunggu saat tibanya mati

Chorus:

(Andai saat itu tiba
Andai aku belum bersedia
Ya Tuhanku
Kau bantu lah aku
Agar aku tenang di sana

Andai masaku telah tiba
Andai masih banyak dosa
Ya Tuhanku
Kau ampunkan lah aku
Agar aku beroleh syurgamu)

Jiwaku terasa kosong sekali
Tanpa ada yang mahu peduli
Kanan kiri suara berbunyi
Tak mampu padam rasa sunyi

Suara hati menangis lagi
Dibiar kaki melangkah pergi
Kudrat yang penat digagahi
Semoga bertemu cahaya ilahi

Ulang Chorus 2 kali

Wednesday, September 2, 2015

Pantun Merdeka

Pantun Merdeka

Parameswara datang ke Melaka
Datang dengan harapan menggunung
Untuk berbakti dan berjasa
Supaya menjadi negeri terulung

Dulu hanya boleh bermimpi
Agar negaraku kecapi merdeka
Kini pasti apa dihajati
Merdeka sudah negara kita

14 negeri menjadi satu
31 Ogos menjadi saksi
Malaysia kini bersatu padu
Supaya merdeka dapat dirasai

Sunday, August 2, 2015

Diri Kita

Diri Kita

Nak percaya atau tak percaya
Setiap insan punya pilihan masing-masing
Lain orang lain pula citarasanya
Buat apa nak dengar cakap orang sekeliling
Yang belum tentu sahih ceritanya
Sampai bila nak jadi pendengar yang setia
Sedangkan sentiasa saja ada masalah
Apa yang penting kita tahu apa yang terbaik untuk diri kita

Nak percaya atau tak percaya
Setiap insan punya penilaian masing-masing
Lain orang lain pula buah bicaranya
Takkan semua benda kita nak ambil pusing
Kadang-kadang kita tak perlu setuju sepenuhnya
Satu perkhabaran takkan mengubah apa-apa
Kalau kita tidak cepat melatah
Pastikan masih ada keyakinan terpahat dalam diri kita

Thursday, July 2, 2015

Nasihat Untuk Semua

Nasihat Untuk Semua

Belum tentu sahihnya kebenaran khabar berita
Jangan pula suka nak mereka-reka cerita
Biar hidup jauh dari sengketa
Daripada terus merasa terseksa menderita
Lebih baik diam daripada terus menabur fitnah semata
Kan lebih elok mengumpul pahala daripada dosa yang nyata
Masing-masing punya pendapat sendiri yang takkan mungkin sekata
Jadi cuba-cubalah cari penyelesaian yang sama rata

Saturday, May 2, 2015

Gayamu Yang Tersendiri

Gayamu Yang Tersendiri

Sendiri
Sendiri aku mengejar bayangmu
Dalam lena dan juga sedar
Namun tidak pula kutemui
Tanpa relaku telah tersesat
Entah ke alam mana aku pun tak tahu
Tapi semuanya kelihatan indah belaka
Bagaikan bertemu dengan bidadari

Sendiri
Sendiri aku menunggu hadirmu
Yang membuatkan aku hampir hilang sabar
Seakan lupa diri antara realiti atau fantasi
Tatkala terleka buat sesaat
Mencari-cari senyuman mesra darimu
Kenangan lalu muncul buat seketika
Pabila teringatkan gayamu yang tersendiri

Thursday, April 2, 2015

Begitulah Indahnya Kata

Begitulah Indahnya Kata

Indah kata
Pabila disulam dengan kemas dan rapi
Kehalusan susunannya bak kelembutan sutera
Salah faham boleh membawa sepi
Diam membisu tanpa perlu bersuara
Bukan sengaja tak ambil peduli
Cuma mengharap penuh pengertian
Masa dan kata tidak boleh diundur kembali

Indah kata
Pabila dituturkan dengan penuh kejujuran dan keikhlasan
Supaya ada rasa percaya mempercayai
Sehingga membawa kepada seribu satu rasa kemanisan
Yang takkan pernah mungkin dialami
Jika tidak melalui proses mengenal persahabatan
Setelah sekian lama tak bersua muka
Baru kini kusedari ianya pengerat ikatan