Housemateku, Ibu Baruku - Part 4
Hari Lain
ADEGAN: 46
INT. HOSPITAL. SIANG.
Permohonan cuti HAIQAL diluluskan.Ini membuatkan dia merasa gembira.ELYAS yang perasan dengan hal ni lalu menegurnya.
(Elyas yang menghantar carta pesakit di kaunter jururawat terlihat Haiqal berjalan melintasi ruang menunggu sambil tersenyum lalu pergi menegur Haiqal)
ELYAS: Qal, kau dari mana ni?Apa yang seronok sangat tu?
HAIQAL: Aku dari bahagian admin.Ni permohonan cuti aku dah diluluskan. (sambil menunjukkan sehelai kertas pada Elyas)
ELYAS: Bak sini aku nak tengok. (mengambil kertas tu dari tangan Haiqal lalu membacanya) Eh, pelik aku, selama ni kau tak pernah-pernah ambil cuti, tiba-tiba sekali ambil cuti banyak hari pula tu.Kau nak pergi mana ni?Takkan pergi bercuti tak ajak aku kot.
HAIQAL: (mengambil semula kertas tu dari Elyas) Aku ada urusan sikit kat kampung.
ELYAS: Aku mesti rindu kau nanti.
HAIQAL: Mengada la kau ni, sekejap je aku cuti.Bukannya aku pergi oversea pun, dalam Malaysia je.Dah selesai urusan kat kampung, aku masuk la balik kerja.Jangan masa tu, kau naik jemu nak tengok muka aku sudah la.
ELYAS: Apa-apa pun sebagai sahabat, aku tetap akan rindu kau.Buah tangan dari kampung untuk aku jangan lupa.Aku tuntut.
HAIQAL: Aku tak boleh janji, In shaa Allah.Ok la, aku masuk bilik aku dulu.Jumpa lunch nanti.
(Elyas mengangguk dan terus berjalan menuju unit rawatan kanser)
(Haiqal melangkah masuk ke biliknya)
Hari Lain
ADEGAN: 47
INT. RUMAH HAIQAL. MALAM.
TINA pulang ke rumah untuk mengambil barang.HAIQAL memberitahu yang dia ada hal di kampung hujung minggu ni.TINA hanya mengangguk tanda faham dan terus beredar.
(kelihatan Tina berjalan ke tangga untuk ke tingkat atas)
(Haiqal yang sedang duduk di ruang tamu lalu menegur Tina)
HAIQAL: Tina dah makan?
TINA: (langkah Tina terhenti seketika) Dah.
HAIQAL: Macam mana study?
TINA: Ok.Tina nak cepat ni.Lepas ambil barang, Tina akan balik rumah sewa balik. (gerak menghampiri tangga)
HAIQAL: Kenapa tak tidur sini je, teman papa?
TINA: (langkahnya terhenti lagi sekali) Tina ada ke, Tina tak ada ke, Tina tengok papa sama je.
HAIQAL: Ni papa nak bagi tahu, hujung minggu ni papa tak ada kat rumah.
TINA: Papa pergi mana?
HAIQAL: Ada hal sikit kat kampung.
TINA: (mengangguk tanda faham) Elok la tu papa balik kampung.Papa pun dah lama tak balik kampung.Seingat Tina, kali terakhir kita balik masa kebumikan arwah nenek. (terus menaiki tangga sejurus selesai ayat)
(Tina terus beredar setelah selesai mengambil barang tanpa mempedulikan Haiqal)
(Haiqal hanya memandang anaknya dari sofa di ruang tamu)
Hari Lain
ADEGAN: 48
INT. RUMAH KELUARGA AYU. SIANG.
Menunjukkan persiapan terakhir untuk majlis perkahwinan AYU dan HAIQAL.
(menunjukkan segala persiapan yang telah diusahakan untuk majlis perkahwinan Ayu dan Haiqal)
Hari Lain
ADEGAN: 49
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. MALAM.
Cuti pertengahan semester pun TINA ada di rumah sewa.DIAN pelik dan bertanya pada TINA kenapa TINA tidak pulang ke rumah keluarganya.DIAN juga tengah bersiap-siap untuk pulang ke kampung.
(Tina pergi mendapatkan Dian yang sedang mengemas barang untuk pulang ke kampungnya)
DIAN: Aku nak tanya kau sikit, kau jangan marah yea?
TINA: Apa dia, tanya je la.
DIAN: Apasal aku tengok kau tak pernah pun balik rumah keluarga kau.Cuti semester macam ni pun kau ada je kat rumah sewa ni.
TINA: Ah, malas la aku nak balik.Bukannya ada apa pun kat rumah aku tu.Papa selalu je sibuk kat hospital.Lagipun papa tak ada hujung minggu ni.Dia nak balik kampung.
DIAN: Dah tu, kenapa kau tak ikut dia balik kampung?
TINA: Malas la aku nak ikut.
DIAN: Tak apa ke kau tinggal sorang-sorang ni?
TINA: Aku ok la, kau tak perlu la risau.Kirim salam kat family kau yea.
DIAN: In shaa Allah. (sambung memasukkan baju dalam beg)
(Tina hanya memerhatikan saja Dian mengemas barangnya)
Hari Lain
ADEGAN: 50
EXT. HALAMAN LUAR RUMAH KELUARGA AYU. SIANG.
Menunjukkan majlis kenduri kahwin AYU dan HAIQAL. MAK SALMA dan PAK IRFAN sibuk melayan tetamu.
(menunjukkan suasana kenduri kahwin, kelihatan Pak Irfan dan Mak Salma sedang sibuk melayan tetamu)
ADEGAN: 51
INT. RUMAH KELUARGA AYU. MALAM.
AYU bertanya kepada HAIQAL, kenapa dia bersetuju dengan perkahwinan tu.AYU tidur di atas katil, HAIQAL pula tidur di atas permaidani.
(Ayu bersiap-siap untuk tidur apabila Haiqal duduk di sebelahnya)
AYU: Boleh saya tahu kenapa doktor bersetuju untuk kahwin dengan saya?
HAIQAL: Sebenarnya saya dah sukakan Ayu sejak kali pertama kita bertemu di hospital lagi.Anggap la ni jodoh kita.
AYU: Tapi saya ada permintaan, boleh tak kalau rakan universiti saya dan juga rakan sekerja doktor, tak perlu tahu pasal hubungan kita, setidak-tidaknya sehingga saya tamat belajar.Dan saya hanya akan tidur satu katil dengan doktor apabila saya dah betul-betul bersedia untuk menjadi isteri kepada doktor.
HAIQAL: Saya tak akan mendesak tentang perkara ni.Tapi saya rasa, saya perlu beritahu anak perempuan tunggal saya tentang perkahwinan ni.
AYU: Kenapa sebelum ni doktor tak pernah sebut pun pasal anak doktor?
HAIQAL: Hubungan kami tak berapa baik lepas mak dia meninggal.Dia seakan-akan menyalahkan saya atas kematian mak dia.Saya mengaku saya dulu sibuk sehingga tak ada masa untuk keluarga.Hanya kerja yang saya fikirkan.Mungkin saya tak pernah sebut pasal anak saya pada Ayu, tapi Mak Salma tahu pasal parkara ni.
AYU: Pada pendapat saya, memandangkan dia tak tahu langsung pasal kewujudan saya, apa kata kita biarkan benda ni reda dulu baru la kita bercerita.
HAIQAL: Baiklah, saya setuju.Tapi lambat-laut kita kena juga berterus-terang dengan dia, sebab dia bukannya kecil lagi.Dia merupakan penuntut di sebuah universiti dan saya pasti dia akan memahami perkara ni.
AYU: Buat masa ni, saya kalau boleh tak nak siapa-siapa orang lain pun tahu pasal hubungan kita selain keluarga saya.Saya harap doktor faham.
HAIQAL: Saya faham.Ambil la berapa lama masa yang Ayu perlukan.Jangan risau saya tak pergi mana-mana.
AYU: Terima kasih doktor sebab faham.Selamat malam. (baring atas katil untuk tidur)
HAIQAL: Selamat malam. (mengambil bantal dan selimut lalu tidur di atas permaidani)
Hari Lain
ADEGAN: 52
EXT. HALAMAN LUAR RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. MALAM.
HAIQAL menghantar AYU ke rumah sewa.Kebetulan TINA berada di luar rumah.Dia merasa hairan, apa yang HAIQAL buat dengan AYU.
(Tina yang baru pulang daripada makan malam ternampak kereta Haiqal di luar pagar, dia merasa pelik sebab Ayu yang keluar dari kereta Haiqal dan bukannya Haiqal)
TINA: (menghampiri kereta Haiqal) Papa buat apa kat sini?Apa hubungan papa dengan Ayu?
AYU: Tina, saya masuk dulu yea.
TINA: (hanya mengangguk) Papa tak jawab lagi soalan Tina tadi.
HAIQAL: Erm…Papa hantar Ayu.Ayu anak kawan papa kat kampung.Dia minta tolong papa tengok-tengokkan anak dia masa kat KL.Papa tak tahu pula dia satu rumah sewa dengan Tina.
Ooo…Papa balik kampung sebab benda ni la, Tina berkata dalam hati
TINA: Mana la papa nak tahu, anak sendiri pun papa tak pernah nak datang tengok.Tina pelik la, kenapa anak orang lain yang papa ambil berat.Tina masuk dulu, malas la nak fikir pasal benda ni. (bergerak masuk ke rumah sewa)
(Haiqal memandu pulang ke rumah)
ADEGAN: 53
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. MALAM.
AYU menghubungi HAIQAL.Dia inginkan penjelasan tentang status TINA.Dia juga tidak mahu orang lain tahu bahawa mereka sudah berkahwin terutama sekali TINA.
(Ayu menghubungi Haiqal setelah Gina dan Wirda tidur)
AYU: Assalamualaikum.Apa hubungan doktor dengan Tina?Kenapa dia panggil doktor, papa?
(suara di hujung talian, ADEGAN 54)
AYU: Doktor tak pernah bagi tahu pun yang anak doktor study kat universiti tu.
(suara di hujung talian, ADEGAN 54)
AYU: Memang la, tapi tak bagi tahu yang dia study kat universiti yang sama dengan saya.
(suara di hujung talian, ADEGAN 54)
AYU: Doktor dah lupa ke janji doktor yang tak ada siapa-siapa pun boleh tahu pasal hubungan sebenar kita.Lebih-lebih lagi Tina.Saya harap doktor faham permintaan saya ni.
(suara di hujung talian, ADEGAN 54 dan telefon dimatikan)
(Ayu bersiap untuk tidur)
ADEGAN: 54
INT. RUMAH HAIQAL. MALAM.
HAIQAL mendapat panggilan daripada AYU.
(Haiqal baru saja sampai di rumah apabila tiba-tiba telefon berbunyi)
hai, takkan dah rindu kot, baru je sekejap berpisah, Haiqal berkata dalam hati
HAIQAL: (menjawab telefon) Waalaikumsalam.Oh, Tina tu anak saya.
(suara di hujung talian, ADEGAN 53)
HAIQAL: I’ve already told you, I’ve a daughter who studies in university.
(suara di hujung talian, ADEGAN 53)
HAIQAL: Kenapa?Bukan ke senang nak jaga satu sama lain kalau di universiti yang sama.
(suara di hujung talian, ADEGAN 53)
HAIQAL: Ok, I’ve got it.Dah lewat ni pergi la tidur.Selamat malam. (telefon dimatikan)
(Haiqal naik ke bilik tidur)
ADEGAN: 55
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. MALAM.
TINA baring-baring atas katil.Dia teringatkan masa arwah ibunya masih ada.Macam mana hubungan dia dan HAIQAL boleh jadi renggang.
(Tina berbaring atas katil sambil teringatkan macam mana hubungannya dengan Haiqal boleh renggang)
ADEGAN: 56
IMBAS KEMBALI. INT. RUMAH HAIQAL. SIANG.
ANI selalu sangat letih dan tidak ada selera makan.TINA risaukan ibunya.Dia nasihatkan ANI supaya pergi buat check up di hospital.ANI nak juga tunggu HAIQAL temankan.HAIQAL selalu saja sibuk dengan kerja dan jarang ada di rumah.Masa HAIQAL yang dapat diluangkan untuk ANI dan TINA, teramatlah terhad.
(Tina yang baru turun dari tingkat atas terus ke dapur mendapatkan Ani yang sedang membasuh pinggan)
TINA: Tina tengok mama tak sihat je daripada hari tu.Tak nak pergi check ke?
ANI: Mama ok la, sakit sikit je ni.Nanti kalau papa free, mama akan pergi buat check up dengan dia.Dah la, tak payah risau la.
TINA: Papa mana mama?
ANI: Kenapa?Dia ada kat depan tu.Tengah siap-siap nak pergi hospital.
TINA: Tina pergi depan tengok papa jap yea mama.
(Ani hanya mengangguk dan sambung membasuh pinggan)
(Tina mengatur langkah ke ruang depan)
ADEGAN: 57
IMBAS KEMBALI. INT. RUMAH HAIQAL. SIANG.
TINA mendapatkan HAIQAL di ruang depan.Dia ingin beritahu tentang kesihatan ANI, dengan harapan HAIQAL akan segera membawa ANI untuk membuat check up.
(Tina mendapatkan Haiqal yang duduk di bangku)
TINA: Papa, mama tak berapa sihat dua tiga hari ni.Apa kata papa bawa mama pergi buat check up kat hospital.
HAIQAL: Sorry Tina, lately ni papa memang busy sangat.Apa kata Tina je temankan mama pergi?.
TINA: Papa ni memanjang busy je.Bila yang free pun tak tahu.Apa dah tak ada doktor lain kat hospital tu?Kalau mama nak pergi sendiri, dah lama dia pergi.Masalahnya, mama nak juga tunggu papa yang bawakan.
HAIQAL: Papa dah lewat ni, papa pergi dulu.Take good care of your mum for me. (mengatur langkah ke kereta)
(walaupun tidak berpuas hati dengan Haiqal, tetapi Tina tidak mampu lakukan apa-apa selain hanya berdiam diri sambil memerhatikan Haiqal pergi)
Hari Lain
ADEGAN: 58
EXT. PERKARANGAN UNIVERSITI. SIANG.
RAZIF ternampak AYU lalu memanggilnya.AYU tidak mengendahkan RAZIF dan terus berjalan pergi.RAZIF merasa pelik.Dia membuat andaian bahawa AYU tidak mendengar panggilannya.Dia mengatur langkah ke fakulti kejuruteraan.
(Razif ternampak Ayu yang sedang menuju ke fakulti bisnes lalu membuat keputusan untuk menegur Ayu)
RAZIF: Ayu. (tiada sebarang jawapan)
(Ayu berjalan tanpa menoleh sedikit pun ke belakang apabila dipanggil oleh Razif, bukannya dia tak dengar tapi sebagai isteri orang, dia perlu jaga batas pergaulan)
nasib baik Gina dan Wirda tak ada, kalau tak habis la sebab nak tak nak kena la juga jumpa dengan Razif, Ayu berkata dalam hati
(Razif memanggil lagi tapi setelah dua tiga kali dia memanggil dan Ayu tak juga menyahutnya, dia mengambil keputusan untuk ke fakulti kejuruteraan)
Ayu tak dengar kot aku panggil dia, Razif berkata dalam hati
(Razif pun gerak ke fakulti kejuruteraan setelah melihat Ayu terus menuju ke fakulti bisnes tanpa menoleh sedikit pun)
ADEGAN: 59
INT. DEWAN KULIAH. SIANG.
RAZIF bertanya adakah betul TINA merupakan teman serumah AYU.Dia ingin mendapatkan nombor telefon AYU.
(setelah tamat kuliah, Razif mendapatkan Tina)
RAZIF: Tina, betul kau satu rumah sewa dengan Ayu?
TINA: Betul la, buat apa aku nak tipu kau.
RAZIF: Kau ada nombor telefon dia tak?Boleh bagi aku?
TINA: Kau nak buat apa?Aku tak boleh bagi nombor dia suka-suka hati aku je kat orang lain.
RAZIF: Ala…Boleh la, please.Aku tak akan cakap daripada mana aku dapat nombor dia.
TINA: Ok la, ok la. (mencatatkan sesuatu pada sehelai kertas lalu diberikan pada Razif)
RAZIF: Thank you so much Tina.Aku gerak dulu la yea. (mendapatkan Herman dan Fahmi)
TINA: Korang jangan pula pandai-pandai nak bagi tahu Ayu. (memberi peringatan pada Umi dan Dian)
UMI: Apa-apa je la.Aku tak nak campur.
DIAN: Aku pun sama, malas nak campur.
TINA: Bagus la kalau macam tu.Dah habis kemas barang?
UMI & DIAN: (menjawab serentak) Dah.
TINA: Apa lagi, jom la balik.
(Tina, Umi dan Dian pun gerak keluar dari dewan kuliah)
ADEGAN: 60
INT. DEWAN KULIAH. SIANG.
RAZIF mendapatkan HERMAN dan FAHMI.
(Razif mendapatkan kawan-kawannya setelah habis berbual dengan Tina)
FAHMI: Kau ada apa hal jumpa Tina?
RAZIF: Tak ada apa-apa la.Just nak tanya pasal group assignment je.
HERMAN: Lain kali apa-apa pun, bagi la tahu kitaorang dulu.Ni tak, terus belah macam tu je.Buat kitaorang tertanya-tanya, kau ni nak balik sekali ke tak.
RAZIF: Ok la, sorry.Lain kali, kalau aku nak pergi mana-mana, aku inform korang dulu.
FAHMI: Lapar la.Kita singgah café dulu sebelum balik.
(Razif dan Herman hanya mengangguk)
(Razif, Herman dan Fahmi gerak ke cafeteria)
ADEGAN: 61
INT. RUMAH SEWA PELAJAR LELAKI. MALAM.
RAZIF menghubungi AYU bagi mendapatkan penjelasan tentang kejadian siang tadi.
(Razif menghubungi Ayu sebelum masuk tidur)
RAZIF: Hello.Ni Ayu ke?
(suara di hujung talian, ADEGAN 62)
RAZIF: Razif bercakap ni.
(suara di hujung talian, ADEGAN 62)
RAZIF: Itu saya tak boleh nak bagi tahu awak.Siang tadi saya ada memanggil awak tapi awak tak menyahut pun.Masa tu awak dalam perjalanan nak ke fakulti bisnes.
(suara di hujung talian, ADEGAN 62)
RAZIF: Tak apa.Saya ingatkan awak dah tak nak kawan dengan saya.
(suara di hujung talian, ADEGAN 62)
RAZIF: Tapi boleh saya tahu kenapa?
(suara di hujung talian, ADEGAN 62)
RAZIF: Kalau macam tu kita perlu berjumpa.
(suara di hujung talian, ADEGAN 62)
RAZIF: Ok, jumpa esok.Bye.Selamat malam.
(suara di hujung talian, ADEGAN 62 dan telefon dimatikan)
(Razif bersiap untuk tidur)
ADEGAN: 62
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. MALAM.
AYU mendapat panggilan daripada nombor yang dia tidak kenal.Setelah RAZIF memperkenalkan diri, AYU bertanya daripada siapa RAZIF mendapat nombor telefon dia.AYU memberitahu RAZIF yang mereka cuma hanya boleh jadi kawan dan tidak lebih daripada itu.RAZIF ingin berjumpa dengan AYU bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
(Ayu sedang mengemas buku untuk ke kuliah esok hari apabila telefon berbunyi)
AYU: (walaupun pada mulanya teragak-agak untuk menjawab panggilan tersebut kerana nombor yang tak dikenali, tetapi mengambil keputusan untuk menjawab telefon) Ya, saya Ayu.Siapa ni?
(suara di hujung talian, ADEGAN 61)
AYU: Ooo…Awak ke Razif, tapi daripada siapa awak dapat nombor telefon saya?
(suara di hujung talian, ADEGAN 61)
AYU: Minta maaf la, sebab saya tak perasan awak panggil saya.Mungkin masa tu saya nak cepat.
(suara di hujung talian, ADEGAN 61)
AYU: Bukan macam tu, tapi buat masa ni saya harap kita cuma boleh jadi kawan biasa je, tak lebih daripada tu.
(suara di hujung talian, ADEGAN 61)
AYU: Sukar untuk saya jelaskan dalam telefon.
(suara di hujung talian, ADEGAN 61)
AYU: Baiklah, kalau macam tu kita jumpa esok.Saya tunggu awak di bangku berhampiran padang dalam pukul 10 pagi.
(suara di hujung talian, ADEGAN 61)
AYU: In shaa Allah.Selamat malam untuk awak juga. (telefon dimatikan)
(Ayu meletakkan begnya yang telah siap dikemas di atas meja study dan terus bersiap untuk tidur)
ADEGAN: 63
INT. RUMAH SEWA PELAJAR LELAKI. MALAM.
HERMAN cuba hubungi TINA tapi tidak berjawab.HERMAN cuba pula mengirimkan sms.Masih juga tiada berbalas.Dia merasa pelik.
(Herman yang baru siapkan assignment cuba menghubungi Tina tapi tidak berjawab, kemudian dia mengirim pula mesej tapi tidak berbalas)
kenapa yea aku call dia tak nak angkat, mesej pun tak nak balas, entah-entah dia dah tahu siapa aku sebenarnya kot, Herman berkata dalam hati
(setelah beberapa kali cuba menelefon tapi masih juga tak berjawab, mesej juga tak berbalas, Herman mengambil keputusan untuk terus tidur)
a’ah tak nak jawab sudah, baik aku tidur, Herman berkata dalam hati
(Herman pun terus tidur)
ADEGAN: 64
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. MALAM.
TINA merasa rimas apabila diganggu oleh panggilan telefon daripada pemanggil yang tidak dikenali tu.Mesej yang dia terima pun dia buat tidak tahu saja.
(Tina baru naik selepas menonton televisyen tiba-tiba telefon berbunyi, dia merasa malas nak jawab apabila mendapati bahawa pemanggil adalah nombor yang dia tak kenal tu)
(setelah beberapa kali mendapat panggilan daripada orang yang sama, Tina merasa rimas)
ish, mamat ni tak faham-faham lagi ke orang tak nak kawan dengan dia, Tina berkata dalam hati
(kemudian dia menerima pula mesej, juga dia merasa malas untuk membalasnya dan buat tak tahu je dengan mesej tu)
(Tina pun tidur setelah tidak diganggu lagi dengan panggilan oleh pemanggil misteri tu)
Bersambung...
No comments:
Post a Comment