Wednesday, June 22, 2016

Housemateku, Ibu Baruku - Draf Skrip (Part 6)

Housemateku, Ibu Baruku - Part 6

Hari Lain
ADEGAN: 92
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. MALAM.
Hari Jumaat malam AYU bersiap-siap untuk ke rumah Haiqal.
(selepas Maghrib, Ayu bersiap-siap untuk ke rumah Haiqal)
(melihat Ayu bersiap, Wirda pun menjadi pelik lalu bertanyakan tentang perkara ni pada Ayu)
WIRDA: Kau bersiap ni nak pergi mana, Ayu.
AYU: Ooo…Lupa saya nak bagi tahu, hujung minggu ni saya akan tidur di rumah saudara saya di KL.
WIRDA: Habis tu bila kau balik sini balik?
AYU: Hari Ahad baru saya balik.
GINA: Ala…Tak best la awak tak ada minggu ni.
AYU: Apa la awak ni Gina, kenapa cakap macam tu.Kan teman serumah yang lain ada teman awak kat sini.Oklah, saya dah siap ni, saya pergi dulu yea, Assalamualaikum.
WIRDA & GINA: (menjawab serentak) Waalaikumsalam.
(Wirda dan Gina hanya memandang Ayu keluar dari bilik)
ADEGAN: 93
INT. RUMAH HAIQAL. MALAM.
AYU pergi ke rumah Haiqal.
(Ayu tiba di rumah Haiqal)
(Haiqal mengajak Ayu berbual di sofa di ruang tamu)
HAIQAL: Mulai hari ni, saya nak Ayu panggil saya abang dan bukannya doktor, macam sebelum ni.
AYU: Baiklah abang.Abang nak makan apa malam ni, Ayu masakkan.
HAIQAL: Anything will do Ayu, as long as we’re together.Abang rasa bahagia sangat.Thank you so much for everything.
AYU: Tak ada apa-apa la abang.Lagipun ni semua berkat doa dan kesabaran abang selama ni juga.Abang duduk dulu, biar Ayu pergi masak kat dapur.Nanti dah siap, Ayu panggil abang.
HAIQAL: Ok, abang tak pergi mana-mana pun.I’ll be just waiting right here.
(Ayu gerak ke dapur)
(Haiqal menonton televisyen sementara menunggu Ayu siap memasak)
(mereka makan malam bersama-sama dan kemudian solat Isya’ berjemaah)
(selepas Isya’, mereka berbual-bual sebelum masuk tidur)

Hari Lain
ADEGAN: 94
INT. RUMAH HAIQAL. SIANG.
Hari Ahad, AYU bersiap-siap untuk balik semula ke rumah sewa selepas solat Zohor.
(menunjukkan Ayu bersiap untuk pulang ke rumah sewa selepas solat Zohor berjemaah)
ADEGAN: 95
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. SIANG.
AYU membawa balik bekal makanan untuk teman serumahnya.
(Ayu yang baru balik dari rumah Haiqal, terus ke dapur)
(melihat Umi, Dian dan Tina yang berada di dapur ketika itu, Ayu pun mempelawa mereka makan bekal yang dia bawa balik)
AYU: Saya ada bawa bekal dari rumah saudara saya.Makan la. (sambil meletakkan beg plastik berisi bekas tupperware)
UMI: Alhamdulillah rezeki.Kebetulan kami belum makan lagi, macam tahu-tahu je kami tengah lapar.Terima kasih Ayu.
AYU: Sama-sama.Mana Gina dan Wirda?
DIAN: Kat bilik kot.
AYU: Makan la.Saya pergi panggil Gina dan Wirda. (mengatur langkah untuk ke tingkat atas)
(Umi, Dian dan Tina pun makan bekal tu)
ADEGAN: 96
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. SIANG.
AYU memanggil GINA dan WIRDA di bilik untuk makan bekal makanan yang dia bawa balik tu.
(Ayu mengetuk pintu lalu masuk ke biliknya)
(Gina dan Wirda sedang menyiapkan assignment mereka)
GINA: Ha, dah balik pun.
AYU: Saya ada bawa balik bekal makanan.Ada saya tinggalkan atas meja makan kat tingkat bawah.
GINA: Kalau tiap-tiap minggu macam ni kan best.Dengar awak cakap pun saya dah rasa lapar.Saya turun dulu yea.
WIRDA: Tengok tu, dah tak sabar-sabar.Sampai terlupa nak ucap terima kasih.
GINA: Yea la, kalau lambat, nanti diorang habiskan, kan dah melepas.
GINA & WIRDA: (berkata serentak) Terima kasih Ayu.
AYU: Sama-sama.
GINA: Kami turun dulu yea, Ayu. 
(Ayu cuma mengangguk sambil tersenyum melihat gelagat kawan-kawannya)
(Gina dan Wirda terus mengatur langkah untuk ke tingkat bawah)

Hari Lain
ADEGAN: 97
INT. RUMAH HAIQAL. SIANG.
Hubungan HAIQAL dan AYU mula rapat.Setiap hujung minggu, AYU pasti akan berada di rumah HAIQAL.Nasib mereka baik sebab tak pernah sekali pun TINA pulang ke rumah dalam tempoh tersebut.
(menunjukkan setiap hujung minggu Ayu berada di rumah Haiqal)

Hari Lain
ADEGAN: 98
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. MALAM.
TINA merasa pelik sebab pada setiap hujung minggu, AYU selalu saja tak ada di rumah sewa.AYU memberi alasan yang dia telah pergi ke rumah saudaranya di KL.Lagi la TINA pelik, kalau AYU ada saudara di KL, buat apa HAIQAL perlu jadi orang tengah antara keluarga Ayu di kampung dengan AYU.
(Ayu baru balik ke rumah sewa dan mendapati lampu dapur terpasang, lalu Ayu menuju ke dapur)
(Ayu mendapati Tina sedang makan di meja makan lalu menegurnya)
AYU: Awak buat apa malam-malam ni, tak tidur lagi.
(Ayu duduk di salah sebuah kerusi di meja makan tu)
TINA: Makan Maggi, lapar tak boleh tidur.Kau baru balik ke?Lewatnya, dari mana?Semenjak dua menjak ni, asal weekend je, aku tengok kau asyik tak ada kat rumah sewa, kau pergi mana?
AYU: Oh, saya pergi rumah saudara saya yang dekat KL.Ni saya baru balik dari sana la.
TINA: Tapikan, aku pelik la, kalau kau ada saudara kat KL, buat apa family kau kat kampung suruh papa aku tengok-tengokkan kau kat sini yea?Kenapa tak suruh je saudara kau yang dekat KL tu tengokkan kau?.
AYU: Entah, saya pun tak tahu.Mungkin keluarga saya dah kenal rapat dengan papa awak la kot.Saya naik dulu yea, esok nak kena bangun awal. (mengatur langkah untuk ke tingkat atas)
(Tina sambung makan)
ADEGAN: 99
INT. RUMAH PELAJAR PEREMPUAN. MALAM.
AYU berkongsi dengan HAIQAL tentang soal jawabnya dengan TINA sebentar tadi.Dia takut rahsia sebenar tentang perhubungan mereka terbongkar.Tapi bila HAIQAL mahu berterus terang saja pada TINA, AYU menghalangnya sebab merasakan masa yang sesuai belum tiba.
(Ayu menghubungi Haiqal sebaik saja berada di tingkat atas)
AYU: Assalamualaikum abang.
(suara di hujung talian, ADEGAN 100)
AYU: Ayu rasa, Tina dah mula syak la tentang hubungan sebenar kita.
(suara di hujung talian, ADEGAN 100)
AYU: Tadi dia tanya kenapa weekend selalu Ayu tak ada kat rumah sewa.Lepas tu bila Ayu jawab pergi rumah saudara kat KL, dia cakap kalau ada saudara kat KL, kenapa perlu abang tengok-tengokkan Ayu kat sini.
(suara di hujung talian, ADEGAN 100)
AYU: Ayu kata, mungkin keluarga Ayu lebih kenal rapat dengan abang daripada saudara yang kat KL tu.Ayu risau la abang kalau rahsia kita terbongkar.
(suara di hujung talian, ADEGAN 100)
AYU: Eh, tak boleh abang.Ayu belum bersedia.Tak apa la bang, dah lewat ni, nanti la kita fikirkan macam mana nak berhadapan dengan masalah ni.Ayu nak masuk tidur dah ni.Assalamualaikum, selamat malam.
(suara di hujung talian, ADEGAN 100 dan telefon dimatikan)
(Ayu masuk ke bilik tidur)
ADEGAN: 100
INT. RUMAH HAIQAL. MALAM.
HAIQAL mendapat panggilan telefon daripada AYU.
(Haiqal baru saja hendak tidur apabila telefonnya berbunyi)
HAIQAL: (menjawab telefon) Waalaikumsalam Ayu.Ada apa call abang lewat malam macam ni?
(suara di hujung talian, ADEGAN 99)
HAIQAL: Kenapa Ayu cakap macam tu?
(suara di hujung talian, ADEGAN 99)
HAIQAL: Habis tu, Ayu jawab macam mana?
(suara di hujung talian, ADEGAN 99)
HAIQAL: Susah-susah sangat, kita berterus-terang je la dengan dia.
(suara di hujung talian, ADEGAN 99)
HAIQAL: Ok la, kalau Ayu dah cakap macam tu.Waalaikumsalam, goodnight to you too. (telefon dimatikan)
(Haiqal terus tidur)

Hari Lain
ADEGAN: 101
INT. RUMAH SEWA PELAJAR PEREMPUAN. MALAM.
TINA pelik bila AYU berada di rumah sewa pada hujung minggu tu.Kebetulan HAIQAL on call, jadi AYU tak balik rumah Haiqal.
(Tina pelik bila Ayu turut serta menonton televisyen di ruang tamu sedangkan malam tu hujung minggu)
(Tina menanyakan Ayu tentang perkara ni)
TINA: Ayu, apasal kau tak pergi rumah saudara kau minggu ni?
AYU: Ooo…Saudara saya tak ada di rumah, mereka pergi bercuti.
TINA: Apasal kau tak ikut diorang pergi bercuti sekali?
AYU: Mereka pergi lama, jadi tak boleh la saya ikut sebab ada kelas.
(Tina cuma mengangguk tanda faham dan sambung menonton televisyen)
terpaksa la berbohong pada Tina, takkan la nak bagi tahu dia perkara yang sebenar, belum masanya lagi kot, Ayu berkata dalam hati
(Ayu pun menonton televisyen bersama yang lain)
ADEGAN: 102
INT. HOSPITAL. MALAM.
HAIQAL on call dan dia baru tahu yang ZURA pun on call pada malam yang sama.ZURA kata pada HAIQAL yang macam mereka ni berjodoh pula.
(Zura terserempak dengan Haiqal di tempat letak kereta hospital lalu menegurnya)
(mereka berbual sambil berjalan menuju ke lif)
ZURA: Hei Haiqal, you pun on call malam ni?
HAIQAL: Yea, I on call malam ni.You pun ke?
ZURA: Hmm…Haiqal, you tak rasa ke yang kita ni dah macam ada jodoh, selalu je on call sama-sama.
HAIQAL: Ish, you ni, jangan merepek la Zura, kebetulan je ni.
ZURA: I tak rasa yang ianya cuma kebetulan.
HAIQAL: Terpulang la kalau you nak fikir macam tu. (terus masuk ke pintu lif yang telah terbuka)
(Zura mengekori di belakang Haiqal untuk masuk dalam lif)
(dalam lif Zura cuma diam apabila melihat Haiqal hanya diam dan tidak mempedulikannya)

Hari Lain
ADEGAN: 103
INT. RUMAH HAIQAL. MALAM.
TINA pulang ke rumah pada cuti semester.Dia merasa pelik sebab AYU tidak juga pulang ke kampungnya walaupun sudah tiga hari mereka bercuti.TINA sengaja pulang lewat tiga hari.TINA bersemuka dengan HAIQAL dan juga AYU.TINA inginkan kepastian tentang hubungan mereka.
(Tina pulang ke rumahnya dan mendapati Ayu masih berada di rumahnya, Tina berhadapan dengan Haiqal)
(Tina menghampiri Haiqal dan Ayu yang sedang menonton televisyen)
TINA: Kenapa Ayu masih kat rumah kita dan bukannya pulang ke kampung dia.Dia buat apa kat sini?Setahu Tina, dah tiga hari cuti semester, takkan tak sempat-sempat lagi nak pulang ke kampung, jauh sangat ke kampung dia tu.Is there something going on between you two that I don’t know?
HAIQAL: Tina, dengar dulu apa yang papa nak cakap.Yea, memang kami adalah pasangan suami isteri yang sah.Kami bernikah semasa cuti pertengahan semester yang lalu.
TINA: (terkejut dengan ungkapan papanya) Papa ingat Tina senang-senang je boleh terima perempuan sebaya dengan Tina sebagai ibu.Kalau sebaya papa, Tina boleh terima lagi.But this is too much for me, papa.Masa dengan arwah mama dulu, papa selalu sangat sibuk, sekarang dengan dia ni, ada pula masa. (terus naik ke biliknya)
sebab tu la papa cuba berubah untuk jadi seorang suami dan bapa yang baik, tapi Tina tak pernah nak bagi papa peluang, Haiqal berkata dalam hati
AYU: Abang, Ayu rasa ada eloknya kita biarkan Tina bertenang dulu dalam menerima semua ni.Ayu yakin, satu hari nanti pasti dia akan terima takdir Allah ni.
(Haiqal cuma mengangguk)
(Haiqal dan Ayu sambung menonton televisyen)
ADEGAN: 104
INT. RUMAH HAIQAL. MALAM.
TINA terus naik ke biliknya setelah mengetahui perkara yang sebenar.Dia tidak menyangka papanya sendiri sanggup berkahwin dengan perempuan yang sebaya dengannya iaitu teman serumahnya sendiri.Macam mana dia nak terima AYU sebagai ibu tiri, dia sendiri pun tidak tahu.Tidak lena tidur TINA malam tu memikirkan perkara ni.
(Tina baring di atas katilnya sambil memikirkan tentang pengakuan Haiqal sebentar tadi)
tak sangka papa sanggup buat Tina macam ni, kahwin dengan perempuan yang sebaya dengan Tina, teman serumah Tina pula tu, ish, macam mana Tina nak terima benda ni semua, Tina pun tak tahu la, Tina berkata dalam hati
(Tina cuba tidur tapi setelah beberapa lama mencuba, tetap juga dia tak dapat nak melelapkan matanya walaupun sudah mengantuk kerana asyik memikirkan tentang Haiqal dan Ayu)
(Tina terpandang sebuah gambar lama masa mereka sekeluarga pergi bercuti lalu teringat kembali pada saat tu)
ADEGAN: 105
IMBAS KEMBALI. EXT. CAMERON HIGHLAND. SIANG.
HAIQAL membawa ANI dan TINA pergi bercuti.Mereka sangat bahagia masa tu sebab HAIQAL masih belum sibuk kerana belum menjadi doktor pakar lagi.
(Haiqal membawa keluarganya pergi bercuti)
HAIQAL: Jom kita ambil gambar family.Jap, papa suruh orang ambilkan. (meminta tolong seorang remaja lelaki untuk ambilkan gambar mereka)
(setelah selesai mengambil gambar keluarga, mereka pun teruskan percutian mereka)
TINA: Papa, Tina lapar la.
HAIQAL: Lapar yea, kalau macam tu kita pergi makan dulu.Lepas tu, baru kita sambung jalan lagi.Macam mana mama, setuju?
ANI: Ok.
(mereka sekeluarga tersenyum gembira kerana merasa bahagia sekali)
ADEGAN: 106
INT. RUMAH HAIQAL. MALAM.
TINA terlena sambil memeluk gambar lama tersebut.
(akibat terlalu mengantuk, Tina pun terlena sambil memeluk gambar lama yang menunjukkan saat bahagia mereka sekeluarga tersebut)

Hari Lain
ADEGAN: 107
INT. RUMAH HAIQAL. SIANG.
Semasa TINA turun, HAIQAL dan AYU sedang sarapan pagi.HAIQAL mengajak TINA untuk bersarapan sekali tapi TINA tidak mahu.TINA terus keluar rumah.HAIQAL hanya mampu menggelengkan kepala sambil dipujuk oleh AYU.
(Tina yang telah bersiap turun ke tingkat bawah dan mendapati Haiqal dan Ayu sedang menikmati sarapan)
HAIQAL: Ha Tina, come join us breakfast.
TINA: Tak apa la papa.Tina nak keluar ni. (terus melangkah untuk ke luar rumah)
(Haiqal menggelengkan kepalanya sambil memerhatikan Tina berlalu pergi begitu saja)
AYU: Tak apa abang, lambat laun elok la tu.
(Haiqal dan Ayu terus menikmati sarapan)
ADEGAN: 108
INT. RUMAH HAIQAL. MALAM.
Malam baru TINA pulang ke rumah.HAIQAL sudah menunggu untuk bersemuka.TINA mengingatkan HAIQAL tentang apa yang HAIQAL sudah lakukan terhadap arwah ibunya.
(Tina baru pulang ke rumahnya)
(Haiqal sudah menunggu di ruang tamu untuk bersemuka dengan Tina)
(Tina melangkah ke tangga untuk ke tingkat atas)
HAIQAL: Nanti dulu Tina.Papa ada nak cakap sikit dengan Tina.Dah malam macam ni baru nak balik, Tina pergi mana?
TINA: (langkahnya terhenti seketika) Eh, suka hati Tina la nak pergi mana.Masa papa nak kahwin dengan Ayu, ada papa tanya Tina dulu?Tak ada kan, papa ikut suka hati papa je nak kahwin dengan siapa-siapa pun.Kenapa sekarang baru nak ambil kisah pasal Tina.Papa dah lupa ke apa yang papa dah buat kat mama dulu.Kalau papa dah lupa, meh sini Tina tolong ingatkan.
(Tina mengungkit kembali kisah silam yang berlaku pada Ani akibat daripada perbuatan Haiqal dan Haiqal cuma mampu mendengarnya)
ADEGAN: 109
IMBAS KEMBALI. INT. HOSPITAL. SIANG.
HAIQAL membawa ANI untuk membuat check up tetapi segala-galanya telah terlambat.
(Haiqal membawa Ani ke hospital untuk membuat pemeriksaan)
(Haiqal duduk di kerusi menghadap Elyas lalu bertanyakan tentang keadaan Ani)
HAIQAL: Elyas, boleh aku tahu apa sebenarnya penyakit isteri aku?Kenapa perlu dirujuk pada kau?
ELYAS: Qal, aku harap kau banyakkan bersabar.Berdasarkan imbasan imej MRI ni, terdapat ketumbuhan pada otak isteri kau. (sambil menunjukkan imej tu pada alat khas) Tapi buat masa ni masih belum dapat dipastikan yang ianya adalah sel kanser ataupun hanya ketumbuhan biasa.Aku perlu lakukan prosedur untuk mengambil sedikit contoh sample sel pada ketumbuhan tu untuk dibuat beberapa test bagi mendapatkan maklumat yang lebih secara terperinci.
HAIQAL: Kau buat la apa yang patut, asalkan dapat selamatkan isteri aku.Berapa lama baru boleh dapat keputusan hasil test tu?
ELYAS: Pada kes-kes sebelum ni, kebiasaannya adalah dalam tempoh dua hingga tiga hari.Aku bersiap sekarang untuk lakukan prosedur ambil sample tu.Kau tunggu kat luar dulu.
(Haiqal menuju ke ruang menunggu)
(Elyas melakukan prosedur pengambilan sample sel pada otak Ani)
ADEGAN: 110
IMBAS KEMBALI. INT. HOSPITAL. SIANG.
HAIQAL hanya menunggu di ruang menunggu sementara ELYAS melakukan prosedur pengambilan sample tisu pada otak ANI.
(setelah selesai lakukan prosedur tersebut, Elyas memanggil semula Haiqal masuk ke biliknya)
(Haiqal duduk menghadap Elyas sambil menunggu penjelasan daripada Elyas)
ELYAS: Aku dah buat prosedur tu, sekarang ni cuma tinggal nak tunggu result je.Macam ni la, apa kata kau balik dulu, nanti bila dah dapat keputusannya, aku beritahu kau.
HAIQAL: Terima kasih banyak-banyak Elyas.Nanti result dah keluar jangan lupa bagi tahu aku.Tapi macam mana dengan isteri aku?
ELYAS: Isteri kau terpaksa kami tahan di wad untuk pemerhatian lanjut.
HAIQAL: Kalau macam tu, aku balik dulu la.Jangan lupa segera beritahu aku bila result dah keluar.
ELYAS: In shaa Allah.Apa-apa pun banyakkan berdoa pada Allah.
(Haiqal mengangguk dan terus melangkah keluar dari bilik Elyas)
(Elyas sambung kerjanya dengan meneliti imbasan imej MRI tu dan menulis laporan mengenainya)
ADEGAN: 111
IMBAS KEMBALI. INT. HOSPITAL.SIANG.
HAIQAL pergi berjumpa dengan ELYAS untuk mengambil keputusan kesihatan ANI. ANI disahkan menghidap kanser tahap empat.
(Haiqal terus menuju ke bilik Elyas untuk berjumpa dengan Elyas mengenai keputusan kesihatan Ani)
(setelah dipanggil untuk masuk ke bilik Elyas, Haiqal duduk menghadap Elyas sambil menunggu buah bicara daripada Elyas tentang penyakit sebenar Ani)
ELYAS: Setelah meneliti laporan yang diterima dari lab ni, aku boleh bagi tahu yang sel ketumbuhan tu adalah sel kanser.Sel kanser tu dah membesar sehingga ke tahap keempat.Minta maaf Qal, there is not much that we can do at this stage.
HAIQAL: Apa maksud kau dah tak boleh nak buat apa-apa rawatan?Berapa lama masa yang isteri aku ada untuk hidup?
ELYAS: Kanser yang berada pada tahap empat memang tak dapat untuk dimusnahkan.Peluang untuk hidup pada peringkat ni, bergantung pada keadaan pesakit tu sendiri.Pada kebiasaannya, tempoh hayat pesakit yang dikesan hidap kanser tahap empat adalah dari dua bulan hingga ke setahun.Aku harap kau bersedia dengan sebarang kemungkinan.Berserah pada Allah.
(Haiqal cuma mampu untuk berdiam diri saja mendengarkan kata-kata Elyas tu)
ADEGAN: 112
IMBAS KEMBALI. INT. RUMAH HAIQAL. SIANG.
Selepas enam bulan disahkan menghidap kanser tahap empat, ANI pun pergi menghadap ilahi.Sejak kematian ANI, TINA tidak dapat memaafkan HAIQAL.
(menunjukkan suasana pilu di rumah Haiqal setelah kematian Ani)
TINA: Mama mati sebab papa.Tina takkan maafkan papa. (mengatur langkah ke tingkat atas)
(Haiqal cuma mampu diam sambil menahan kesedihan)
ADEGAN: 113
EXT. TAMAN PERMAINAN. MALAM.
TINA keluar bagi menenangkan fikirannya yang kusut.Tiba-tiba HERMAN datang menemaninya.Entah daripada mana HERMAN muncul TINA pun tidak tahu.HERMAN mendengar segala luahan masalah TINA.TINA merasa sedikit lega setelah dia meluahkan masalahnya pada HERMAN.
(Herman yang berjogging ternampak Tina duduk di buaian di taman lalu pergi menegurnya)
HERMAN: Assalamualaikum.Boleh aku duduk?
TINA: (agak terkejut) Waalaikumsalam.La…Kau ke Herman, ingatkan siapa tadi. Duduk la bukannya ada orang pun.Kau ni buat aku terkejut je la.
HERMAN: Kau ni kenapa, sedih je aku tengok.Cuba kau cerita kat aku apa masalah kau?
TINA: Kau ni dari mana?Macam mana kau tahu aku ada kat sini?
HERMAN: Aku memang tinggal kat taman perumahan ni la.Dah hampir dua tahun kita dalam satu kelas yang sama, takkan tu pun kau tak tahu. 
tu la, terkejar-kejar sangat si Razif tu, yang aku ni kau tak nak layan, Herman berkata dalam hati
TINA: Habis tu, kau buat apa kat sini sorang-sorang, malam-malam macam ni?
HERMAN: Aku jogging.Aku suka jogging malam-malam kat sini.Kau pula buat apa kat sini sorang-sorang?Tak takut ke?
(Tina tidak memberi sebarang respon)
HERMAN: Kau nak aku teman ke tak ni?Kalau tak nak, aku belah dulu.
TINA: Betul kau nak dengar apa masalah aku?
HERMAN: Why not, kebetulan aku dah ada kat sini.
TINA: Papa aku dah kahwin lain.
HERMAN: Syukur Alhamdulillah.Kau patutnya gembira, tu kan jodoh dia yang dah ditetapkan oleh Allah.
TINA: Masalahnya, dia kahwin dengan perempuan yang sebaya dengan kita.Tak tahu la macam mana aku nak terima mak tiri yang sebaya dengan aku.
HERMAN: Apa kata kalau kau doakan yang baik-baik je untuk diorang dan juga keluarga kau.Jodoh, pertemuan, ajal, maut, tu semuakan dah ditentukan olehNYA.Siapa kita nak mengubah, apatah lagi menolaknya.Aku doakan agar segala-galanya dipermudahkan buat kau Tina.
TINA: Terima kasih Herman.
HERMAN: Dah lewat ni, apa kata aku teman kau balik sampai rumah kau.
(Tina mengangguk sambil tersenyum lega)
(mereka pun beredar)

Bersambung...

No comments:

Post a Comment