Thursday, June 2, 2016

Mudahnya Kau

Mudahnya Kau

Mudahnya kau bermain mata
Sedangkan aku masih di sini
Mudahnya kau mendustai kata
Setelah kau ingin dipercayai

Tak perlulah lagi kau berpura
Biarkan ianya berakhir di sini saja
Terima kasih atas segalanya

Chorus:

(Kini semuanya tinggal kenangan
Tiada lagi guna pujuk rayumu
Simpan saja bicaramu itu

Hilang sudah segala harapan
Tiada lagi guna kata rindumu
Lupakan saja hasratmu itu)

Mudahnya kau menafikan cerita
Sehingga hilang janji setia
Mudahnya kau melafazkan cinta
Sementara kau bersama dia

Tak perlulah lagi kau bersandiwara
Kerana telah jelas terzahir semuanya
Selamat tinggal buat selamanya

Ulang Chorus

No comments:

Post a Comment